Bila umur telah bertambah...




Seawal jam 7.05 pagi, ucapan selamat hari ulangtahun yang pertama telah hinggap di telefon pintar penulis. Tentu sahaja dari bonda yang tersayang. Yang tidak pernah jemu menjadi orang pertama memberikan ucapan hari ulangtahun...

Menjelang waktu dhuha, muncul SMS kedua daripada isteri tercinta. Tahun ini siap ada nyanyian lagu selamat ulangtahun lagi...hehehe

Kemudian muncul SMS kedua daripada sahabat dan seterusnya tertera di lipatan Muka Buku akaun penulis...

Ya...sebenarnya penulis pun telah lupa ... SMS bonda yang telah mengingatkan ..

Umur sudah semakin meningkat dan bertambah. Bermakna semakin hampir kepada alam barzakh... Lubang kubur sudah semakin dekat. Malakul maut sudah semakin kerap menjeling 'maut' ...

Tetapi diri masih belum sedar..
Diri masih belum insaf..
Masih rela menjadi tunggangan nafsu
Masih gagal menjinakkan keliaran nafsu ..

Entah sebentar lagi...maut bakal menyapa
Dalam keadaan diri terpinga-pinga ..
Barulah menyesal kerana menangguh-nangguhkan amal ..



Kalaulah Malakul Maut (dengan izin Allah) menghantar SMS lebih awal untuk bertandang ..
Sudah barangpasti persiapan ketat akan dilakukan
Oh..kalaulah ianya benar berlaku..
Nescaya tidak dapat kulafazkan dengan kata-kata
akan kesyukuran kepadaNya ..

Selamat hari tua wahai diri
Selamat melalui lorong-lorong kematian
Semoga rohmu wahai diri... selamat 
Masuk ke simpang Ashabul Yamin


...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol