Adakah ulama mampu memerintah?



Tajuk ini mungkin agak sensitif untuk diperkatakan.. Di kalangan para pendukung gagasan kepimpinan ulama khususnya..persoalan yang seringkali bermain di kepala penulis beberapa darsawarsa dahulu. Namun ianya sekejap menghilang dan kemudiannya muncul kembali. Kembali menghantui kotak fikiran penulis kerdil. Penulis yang seqadar baru belajar menulis di laman blog percuma. Yang hanya dibaca oleh seorang dua daripada rakyat Malaysia...

Apabila kerajaan di utara tanah air kembali ke tangan partai nasionalis, yang asalnya di bawah lembayung seorang bergelar ulama, maka penulis dengan serta merta teringat tragedi apa yang berlaku di salah sebuah negeri di pantai timur, yang pernah memakai gelaran 'negeri serambi Madinah' yang juga pernah jatuh di tangan ulama dan hanya bertahan selama sepenggal sahaja (4 atau 5 tahun mengikut kiraan dan bacaan kaum penganut fahaman demokrasi) ..

Adakah kejatuhan kerajaan negeri pimpinan ulama ini disebabkan oleh sistem yang tidak mesra kepada Islam atau kegagalan gagasan kepimpinan ulama itu sendiri ataukah peribadi ulama itu sendiri yang gagal menjalankan pentadbiran dengan sebaik mungkin?

Telah wujud kerajaan-kerajaan Islam sebelum ini yang berjaya membawa kemajuan dan kejayaan, selepas khulafa ar Rasyidin, yang mana kerajaan ini dipimpin adakalanya oleh bukan ulama, sebagaimana kerajaan2 umawi, abasi, fathimi, muwahuddin dan sebaginya hinggalah kepada kekhalifahan ottoman di turki.

Namun, kerajaan Islam ini berjaya mendaulatkan Islam di tempatnya dengan bantuan para ulama yang membantu dan senantiasa mendampingi pimpinan negara. Kerjaaan Khilafah terakhir, Ottoman, menjadikan ulama selaku penghias kecantikan pemerintahan mereka dan senantiasa mendahulukan nasihat ulama sebelum mengambil sebarang tindakan..

Kerajaan Islam di tanah melayu, seperti negeri penyu, pernah menyaksikan ulama mengambil bahagian yang penting dalam menentukan dasar-dasar kerajaan di bawah pemerintahan Sultan ..

Adakah kejatuhan kerajaan negeri pimpinan ulama mutakhir ini adalah disebabkan kegagalan pentadbiran atau dalang yang bermain wayang ?

Siapakah penulis untuk menolak gagasan kepimpinan ulama? Namun adakah ulama tidak mampu mentadbir sesebuah negeri..?

Terdapat teori yang menyatakan bahawa ulama yang lemah (dalam pentadbiran) adalah seharusnya tidak memerintah dan perlulah ianya ditabdir sesebuah negara itu oleh seorang yang bukan ulama tetapi kuat untuk menjalankan pentadbiran...

Walau bagaimanapun, umara atau pentadbir bukan ulama bukanlah sebenarnya pilihan utama. Tetapi dek kerana wujud kelemahan-kelemahan pada ulama yang dianggap paling berkarismatik dikalangan ulama yang ada, maka pentadbir profesional selain ulama boleh memgang kuasa .. 

Mungkin kajian kes kita adalah di negeri utara dan juga serambi madinah ... Bagaimana ulama yang diberi peluang oleh Allah untuk mentadbir didapati gagal untuk meneruskan pentadbiran bagi penggal kedua gara-gara gelombang kebangkitan pihak yang tidak Islamis ... Persoalannya dari mana timbulnya gelombang suara penyokong yang kurang mesra Islamis ini ? Tentu ianya timbul dari perasaan rakyat yang kurang berpuas hati...

Tetapi itu keboborokan sistem demokrasi yang dimomok-momokkan sebagai acuan dajjal guna untuk menghancurkan perpaduan Islam... Bagaimana mungkin tiada apa-apa halangan yang timbul untuk mengelakkan kejatuhan sebuah pentadbiran Islam dek kerana kuasa rakyat? Siapakah sebenarnya pemegang kekuasaan? Apakah rakyat berhak merobohkan sebuah pentadbiran yang jelas prinsip keislamannya dengan menggantikannnya dengan pentadbiran yang tidak berapa jelas misi islamnya?

Perkara ini diperjelaskan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mantan mufti Perlis mengenai negeri serambi Makkah :-

“Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun. 
         Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Juga yang dinyatakan oleh Dr Zahazan Mohamed, :-


“Pesan kerana Allah & rasulNya, nasihat utk Islam, buat umat Islam,di Kelantan, HARAM menukar kerajaan yg memerintah kalian sekarang..
Tanpa menafikan wujud kekurangan yg berlaku dlm kerajaan sedia ada.

Ia adalah kelemahan yg kecil dan mampu diatasi kerana mudarat menjatuhkan kerajaan yg berusaha menegakkan Islam ini menjadi lebih bahaya bila naiknya pemimpin yg cenderung pd maksiat & kelalaian...


Maka jelas kepada kita bahawa menjatuhkan pentadbiran yang mirip kepada Islam adalah satu kesalahan yang besar. Jadi bagaimana dengan proses pemilihan yang berlaku kini? Adakah ianya benar-benar mencerminkan Islam? Atau adakah ianya menjadi medan ujian buat orang beriman sama ada untuk terus berjanji setia dengan pemnerintah mirip Islam atau memberikan undi protes yang boleh membahayakan masa depan Islam?

Itulah kesalahan besar sistem demokrasi. Ianya amat mudah dimanupulasi untuk menjatuhkan Islam itu sendiri.. Mungkin acuan demokrasi yang telah diIslamkan boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh negara Islam, seperti Republik Islam Iran yang memberikan syarat ketat kepada calon bertanding, manakala kuasa kepada Islam dipegang teguh oleh Khameini  tanpa boleh diganggu-gugat..

Mungkin model itu boleh diterapkan di negara ini dengan menjadikan YDPA selaku pemegang panji-panji Islam dan proses pemilihan perlu melalui sekatan-sekatan yang dikenakan dibawah panduan ulama?

Tentu sahaja sistem pentadbiran di negara ini menjadi lebih molek jika ulama dan Dai berganding bahu mendekati pimpinan negara..Pernahkah dibuat seumpama itu?

Adakah dakwah dan kritikan perlu dilontar keras kepada pimpinan negara tanpa ada rasa untuk mendekati, menyanyangi dan seterusnya menasihati mereka?


20:44


"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Taha : 44



Apabila Musa diarahkan Allah untuk menemui Firaun yang sememangnya musuh utama, dengan cara yang lemah lembut..kenapa kita menyerang pimpinan dengan cara yang kasar? Adakah masih wujud pimpinan yang lebih teruk dari kerajaan firaun?

Pernahkah delegasi ulama yang berada dalam ruang lingkup pentadbiran negara, seperti para mufti, para qadhi, para imam menemui pimpinan negara, atau menganjurkan program khas pertemuan dengan mereka dengan kadar berkala?

Pernahkah golongan ulama ini menegur dengan ikhlas akan kesilapan para pimpinan  sejak berpuluh tahun dahulu?



Sekali lagi dipertanyakan, layakkah golongan ulama ini merebut kepimpinan sedangkan mereka dilihat tidak menggunakan kaedah dakwah yang diperlihatkan oleh Rasul SAW 100% terlebih dahulu?

Penulis fikir para ulama lebih mahir dalam bidang dakwah. Mereka sememangnya mampu mencanai kepelbagaian kaedah dakwah. Bukan hanya semata-mata tertumpu kepada politik yang bermatlamatkan kuasa dan menggulingkan pemerintah sedia ada..

Lihatlah bagaimana ulama berfungsi dalam kerajaan Islam sebelum ini. Bagaimana peranan ulama dalam zaman abasi dan juga umayyid dan juga kerajaan ottoman?
Mereka berfungsi dengan baik menasihati khalifah untuk menjaga agama ..



Adakah umat Islam  hanya hanyut dengan iringan kisah2 kehebatan kerajaan Islam silam yang langsung tidak mampu untuk dijelmakan kini?

Ulama tidak perlu menunggu duduk di puncak kuasa. Ulama tidak perlu melibatkan diri untuk mencari kuasa. Gunakan keadaan yang ada untuk menasihat kerajaan. Adakah dengan menasihatkan kerajaan mengenai isu agama, para ulama akan diberhentikan kerja? Jika perkara itu berlaku, rakyat pasti bangkit membela...Isunya sekarang...siapa yang sanggup? Siapa yang berani menjadi wira sehebat arwah mantan mufti selangor satu ketika dahulu?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol