Ke Avillion lagi..

Hujung minggu ini penulis dipanggil sekali lagi ke bangunan yang berukiran senibina English di tengah - tengah kesibukan kota melaka bagi menyertai bengkel yang turut dihadiri oleh para pembesar organisasi.

Terasa diri sangat kerdil untuk hadir hingga membuat beberapa panggilan ke pejabat yang membuat pelawaan. Sememangnya ketua sub organisasi sejak awal-awal minggu telah membuat arahan melalui tulisan di dalam kotak surat elektronik agar penulis hadir ke mesyuarat tersebut bersama timbalan beliau. Kemudian sang timbalan juga tidak dapat hadir lalu diturunkan ke batu jemala ketua jabatan. Dan KJ juga tidak dapat hadir maka diperturunkan ke batu jemala orang kanan jua..

Maka penulis memulakan musafir beberapa jam selepas menyelesaikan solat jumaat di Jame kampung penulis. 

Sekitar jam 5 petang, penulis tiba di pejabat untuk mengambil pakaian yang tertinggal. Ya ..pakaian itu meskipun hanya sebuah jaket biru tua yang sudah berkarat butang lengan sebelah..tetapi masih berguna untuk dipakai bagi melindungi tubuh yang semakin kurus daripada kesejukan penghawa dingin hotel dan juga bagi melindungi kecacatan pakaian kemeja T yang sememangnya menjadi pakaian penulis setiap kali menghadiri bengkel.

Setelah menyelesaikan makan petang di warung kerang bersama keluarga dan anak-anak, kami bergerak singgah di masjid lama untuk menyelesaikan solat Asr..

Kemudian dengan melalui jalan lama yang merentasi pekan Parit Sulong, dan seterusnya masuk ke lebuhraya AMJ lalu tiba di tengah-tengah bandar sekitar jam 8.00 malam.

Selepas check in, penulis turun untuk menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak hotel. Dan kemudian, sekitar jam 9.00 malam menghadiri taklimat oleh pemimpin agung..

Taklimat diakhiri dengan upacara pemotongan kek bagi meraikan hari kelahiran beberapa tokoh organisasi..

Kemudian, penulis dan isteri turun ke bawah hotel, mencari warung mamak yang berhampiran bagi makan malam isteri dan seterusnya membungkus sedikit juadah untuk yang menginap bersama di bilik hotel..

Pagi bermula dengan acara solat subuh dan kemudian mencari sarapan untuk isteri, anak-anak, ibu dan adik-adik. Kemudian, penulis masuk ke dewan mesyuarat dan berada di sana sehingga jam 11 pagi .. kemudian masuk kembali sehingga jam 12 tengahari.

isteri dan ibu serta puteri sulung mengambil kesempatan untuk berjalan di the store yang berhampiran..

Kemudian penulis masuk kembali ke mesyuarat sehingga jam lima petang. Untuk acara malam dibatalkan bagi menghormati pertemuan diantara skuad bolasepak Pahang dan Johor DT..

Hari ketiga, seawal jam 10 pagi kami check out dan bergerak pulang. Singgah di sebuah kedai di hadapan bangunan bank rakyat. Namun layanan amat tidak memuaskan hati. Untuk memesan makanan terpaksa menunggu melebihi 5 minit. 

Begitulah sikap segelintir peniaga bangsa penulis yang kurang memberikan perhatian serius untuk menjaga hati pelanggan. Kita melihat lokasi perniagaan adalah strategik dengan pelanggan kelihatan silih berganti namun layanan yang lemah yang ditunjukkan bakal menawarkan hati pelanggan...

Menjelang zuhur, kami bergerak ke kampus lendu untuk menghimbau sejarah silam. Kebetulan tatkala kami tiba sedang berlangsung pendaftaran untuk kemasukan pelajar. Maka kami mengambil peluang untuk meronda kampus yang pernah dihuni oleh penulis dan juga isteri untuk beberapa tahun ..

Ternyata pembangunan pesat kampus ini amat memberangsangkan dengan deretan blok penginapan pelajar yang semakin banyak dan canggih serta kemudahan infrastruktur P&P yang semakin memberangsangkan..

Menjelang jam 2 petang kami singgah di rumah rakan sekolej isteri dan kami menikmati sedikit juadah ringan disitu sehingga jam 4.00 petang. Cuaca agak terik dan kurang selesa..

Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah di masjid untuk menyelesaikan kefardhuan solat jama dan qasr..

Kami kemudian singgah di pejabat adik bungsu dan seterusnya singgah makan di restoran baru...Solat maghrib dan Isyak secara jama di jame parit sonto tiba di kediaman sejurus sebelum masuk waktu solat fardhu Isya..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol