Kisah lampu dan lintasan keretapi di Kluang
Penulis dilahirkan di bandar Kluang sekitar tahun 1395 hijriah...dan membesar di sini sehingga berumur 3 tahun sebelum akhirnya berpindah ke Taiping Perak kerana mengikut arwah ayah yang berkhidmat selaku seorang tentera.
Hanya ketika berusia dua belas tahun dan menuntut di darjah enam, barulah penulis pulang semula ke kluang. Tatkala itu, Kluang bukanlah sebuah bandar yang agak maju. Yang wujud ialah deretan rumah-rumah kedai lama yang ditulis tahun 1940 an di bahagian atas bangunan tersebut. Pasaraya yang ada hanyalah pasaraya Nilai kalau tidak silap penulis, dan juga pasaraya Great Wall. Wujud juga parkson di bangunan UMNO yang kini sudah bertukar menjadi kedai jualan biasa..
Kini Kluang semakin berkembang dan membangun. Seiring dengan peredaran zaman dan kebijaksanaan pimpinan yang ada. Bangunan semakin banyak bercambah dengan kedai-kedai yang semakin membiak. Meskipun masih wujud bangunan yang mencacatkan mata di tengah-tengah bandar, terutama di kawasan perhentian bas sedia ada dan juga bangunan berhampiran kluang Parade, ianya tetap tidak menyebabkan penghijrahan beramai-ramai penduduk setia Kluang meninggalkan bandar berdasarkan nama haiwan yang memakan buah-buahan di waktu malam ini.
Selepas penulis mengenali keadaan sekeliling, ada perkara yang nampaknya tidak berapa molek berlaku di bandar ini. Pertama mengenai lampu jalan yang wujud di tengah-tengah jalan sebelum masuk ke jambatan di tengah bandar kluang yang TIDAK PERNAH DIHIDUPKAN...dan juga lampu jalan di kiri kanan lorong keluar ke jalan utama dari perhentian bas..
Cuba rakan-rakan dan sahabat handai yang bermukim atau melintas di bandar Kluang ini pada waktu malam, tentu akan bertemu dengan perkara ini. Tidak tahulah pula jika YB yang baru sahaja disengat kemenangan tempoh hari perasan atau tidak mengenai perkara ini...
Antara mercu tanda utama bandar Kluang ialah kehadiran lintasan keretapi yang merupakan pintu masuk ke bandar lama Kluang. Lintasan keretapi ini sebenarnya merupakan salah satu 'malapetaka' untuk masyarakat moden dan muda di kluang kini. Suatu ketika dahulu ianya mungkin nadi utama kepada pembangunan Kluang. Tanpa menafikan jasa bakti yang diberikan, kehadiran keretapi hampir setiap jam khususnya pada waktu siang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap kadar kesesakan di Kluang.
Setiap kali keretapi melintas, maka kereta akan berbaris panjang hingga menyebabkan fungsi lampu isyarat di hadapan bekas panggung coronation kehilangan fungsi. ianya bukan berlaku sekali-sekala. Ianya berlaku setiap kali keretapi melintas. Ia akan menjadi semakin parah bila tiba hari perayaan.
Pihak pemerintah pernah mewujudkan jalan alternatif melalui hospital lama .. namun ianya gagal jua berfungsi. Sebelum itu di awal-awal kewujudan jalan alternatif tersebut, polis akan berfungsi 'menghalau' kenderaan daripada menunggu di jalan lintasan keretapi untuk melalui jalan alternatif tetapi kini tidak lagi...
Mungkin boleh dicadangkan agar jalan yang melintasi landasan ditutup terus. Hanya menggunakan jalan alternatif. Cuba buat dalam seminggu ni...
Tapi ada ke orang nak dengar cadangan ni...?

Ulasan