Bila YB nak rajin nih



Topik hangat di warung tatkala sarapan pagi tadi ialah kenaikan harga rokok. Menurut rakan seperminuman (frasa kata yang direka-reka-pen) kenaikan harga barangan sekarang tidak diumumkan secara rasmi oleh media .. Benar atau tidak ?

Ahli forum juga ada menyebutkan mengenai kadar cukai GST yang dikhabarkan turut naik namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pasukan blogger pro pemerintah..

Maka bercerita jualah, adakah YB yang baru dilantik ini tidak tahu gerak nadi rakyat marhain? Rakyat semakin terhimpit dengan gaji yang kecil, hutang yang semakin memberat, harga susu dan makanan keperluan lain melambung, setiap bulan dapat gaji  hanya membayar hutang sahaja kemudian ikat perut dan perasaan hingga muncul hujung bulan yang baru..

Adakah YB tau? Pernahkah YB turun ke pasar membeli ikan seorang diri tanpa ditemani sang pengampu?

Pernahkah YB berjalan-jalan dalam kawasan yang dimenangi, duduk mengeteh di warung sebentar dan berjalan ke segenap ceruk rantau melihat masalah ummah?

Atau YB hanya mengharapkan laporan dari Mr YESSMAN dan ORAITBOSS sahaja yang kerap memberikan berita manis dan laporan menggembirakan semata-mata?

YB terlalu sibuk hingga tiada kesempatan menjenguk kawasan, paling teruk pada tahun ke empat lantikan sahaja..?

Adakah hanya dengan menatap wajah YB yang terpampang pada billboard di tepian jalan dan ditukar saban perayaan boleh mengubat kerinduan rakyat kepada YB?

Kenapa sukar untuk bertemu YB di masjid dan surau yang bertebaran dalam daerah jajahan? Bukankah itu lokasi terbuka dan berkah untuk membuat pertemuan dan berbincang dengan rakyat untuk bersama memajukan DUN ? 

Bilakah akan muncul YB yang menjejaki langkah Umar AL Khattab yang tidak selesa tidur malam, bukan kerana untuk berkeliaran di kelab malam atau gelanggang futsal, atau minum teh di restoran mahupun hotel .. tetapi untuk meronda melihat keadaan rakyat ..

Ramai lagi rakyat dalam DUN masing-masing yang merempat, yang kekurangan wang, yang terpaksa berhutang untuk keperluan, yang masih kelaparan, yang didera dan dipukul, dan seribu satu kisah lagi...

Kalau sikap YB sama sahaja, muncul sekitar majlis rasmi, muncul bila dijemput, muncul untuk bertarawih sahaja, muncul apabila membuat rumah terbuka eidul fitri sahaja .. maka bermakna rakyat sukar untuk mengadukan masalah kepada mereka ini..

Kata para yess boss di sekeliling mereka, "sekarang kan dah ada tweet, dah ada FB, dah ada e mail....kan lebeh mudah..masalahnya ..adakah mereka sempat mengamat-amati telefon pintar mereka ..? Benarkah kehidupan YB seperti yang digambarkan oleh bait-bait penyanyi ND Lala...sibuk dari pagi hingga ke senja ..benarkah begitu?

KUALA LUMPUR - SEPTEMBER 22 - Nurul Izzah Anwar, a member of parliment, at the protest against Innocence Muslim in front of the USA embassy on September 22, 2012. Kuala Lumpur - stock photo




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol