Syaaban dan makan-makan



Marhabaan ya Syaaban...ia kembali muncul tahun ini. Ia menjadi jiran terdekat sebelum bulan seribu bulan muncul. 

Sepertimana biasa Syaaban muncul selaku bulan penuh dengan acara makan percuma di masjid, surau bahkan rumah dan tidak ketinggalan di pejabat-pejabat. Umat Islam nusantara khususnya di bumi Malaysia kerap kali akan menyambut kedatangan syaaban dengan kenduri dan makan-makan..



Selalunya mereka akan membuat kenduri arwah..mengirimkan cebisan doa buat keluarga tersayang yang berada di pusat tahanan barzakh ..

Kadang-kadang dalam satu malam ada 3-4 buah rumah buat kenduri. Bulan ini yang paling kenyang ialah tuan imam dan tuan bilal. Hingga kadang-kadang terpaksa dibahagi-bahagikan jamaah dan pembawa bacaan tahlil. Tetapi ada sesetengah lokasi yang sanggup menunggu jamaah datang ikut giliran, hingga ada yang menjejak ke dinihari. Rumah terakhir dilawati tentu agak hambar dek kerana kekenyangan dan mengantuk serta kepenatan ..



Cuma penulis tertarik dengan kuliyyah oleh tuan guru Ustaz Ali Dalalail di masjid kampung melayu kluang baru-baru ini yang turut menyentuh mengenai 'kegemaran' melayu-muslim mengadakan kenduri kendara menjelang syaaban. Menurut beliau, adakalanya kenduri yang dibuat menjadi satu pembaziran. Bayangkan jika fenomena kenduri satu malam hingga lima buah rumah dan ikut giliran ataupun dipecahkan. Tentu sahaja hidangan yang disajikan akan berlambak dan membazir.

Beliau mencadangkan agar wang peruntukan untuk kenduri itu lebih molek jika dialirkan kepada pelajar agama yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir atau mana-mana institusi yang kekurangan wang. Maka pemberian berbentuk seperti itu adalah menjadi jariah yang berpanjangan sedangkan hidangan makanan hanya menjadi najis sahaja pada keesokkan harinya ..

Wallahu a'lam .. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol