iktikaf di IKEA
Sabtu awal sesudah subuh sudah bergerak meninggalkan kediaman dengan nawaitu musafir menuju ke IKEA..atas permintaan orang sebelah yang setia..
Perjalanan merentas lebuhraya PLUS hanya bermula sekitar jam 9.30 pagi. Sebelum itu menguruskan pengisian petrol dan memeriksa tekanan angin pada tayar baru yang baru berusia tiga hari...
Tiba di bangunan IKEA sekitar jam 12.30 tengahari dengan sambutan mesin tiket parkir yang tidak berapa mesra pelanggan. Setelah ditekan dua kali maka terpacullah dua tiket dan barulah palang itu terangkat...
Seperti biasa orang sebelah akan menunaikan hajatnya untuk membeli belah bersama pembantu setianya serta anak sulung kami. Penulis mencari tempat yang sesuai untuk duduk, rehat dan sebagainya..
Ternyata di bangunan IKEA ini terlalu ramai umat sebangsa dan seagama dengan kepelbagaian penampilan yang berbeza, sama ada ranggi, sexy mahupun santai tidak ketinggalan yang menutup aurat dengan sempurna (mungkin hanya ada 2% sahaja)..
Bagi penulis, barangan di IKEA ni memang ada brand tapi kualiti mungkin kurang. Cuntuhnya rak-rak buku yang ada di rumah tu yang berasal dari IKEA. Dah la kena pasang sendiri alatannya hanya berdasarkan manual, lepas tu kejap je dah longgar sana-sini. Tapi tu mungkin barangan atau kes terpencil agaknya ...

Sempat berjalan ke bangunan sebelah, masuk ke popular dan ketemu dengan buku mengenai akhir zaman bertajuk konspirasi galaktik kalau tidak silap. Isinya sangat mengujakan..
Dan kemudian selepas solat zuhur dan asr secara jama, berjalan pula ke bangunan seberang dan bertemu dengan travelog ramadhan...
Buku itu telah memberikan kesan mendalam pada jiwa penulis pada ketika itu. Antara bait yang menarik ialah, ramadhan kali ini dia cuba khatam dua kali sebulan memandangkan kedudukan pangkat sudah lebih baik berbanding sebelumnya...
Dan acara iktikaf itu hanya berakhir selepas solat maghrib. Surau IKEA tidak selesa untuk jamaah ramai sebenarnya. Waktu Maghrib yang bertandang menyesakkan surau dan kelihatan solat berjamaah terpaksa dilaksanakan sebanyak dua trip. Semasa waktu zuhur tadi ada seorang lelaki tua yang mendakwa selaku muallaf memungut sadaqah dari orang ramai.
Sekitar Isya bertamu, kami bergerak meninggalkan bangunan tersebut menuju pulang. Tiba di rumah sekitar jam 1.00 pagi selepas singgah di R n R Seremban

Ulasan