Iktikaf lagi...tapi di Angsana..serta tulang yang tersengkang
Tajuk memang gempak... Sekitar jam 12.00 tengahari, orang sebelah yang setia mengajak penulis ke Angsana untuk menambah keperluan perniagaan yang baru hendak bermula. Maka tanpa perlu soal banyak, lagipun ditaja sepenuhnya, terus bersetuju dan bergerak. Putera dan puteri tidak dibawa bersama. Nanti bermacam-macam pula pembelian yang perlu dibuat ..
Sebelum ini pernah juga ke angsana tetapi pencarian tidak berlaku dengan sempurna kerana ragam putera penulis yang tergila-gilakan kereta kecil. Kalau murah tidak mengapa. Ini mencapai ratusan RM. Setelah dibelek, rupanya berjenama Mercedes Benz. Memanglah harga melantun ..
Kami tiba di Angsana beberapa detik sebelum zawaal. Kedai yang ditarget telah ditemui di aras paling atas. Mujurlah sama level dengan tempat parkir kereta. Maka orang sebelah meneruskan aktivitinya dan penulis duduk menunggu di suatu sudut.
Ya...seperti lain-lain premis perniagaan, anak-anak remaja yang paling ramai menjadi pengunjungnya. Meskipun kebanyakan mereka bukan hadir dengan nawaitu untuk membeli belah. Mereka hadir untuk melepak..atau untuk meronda semata-mata dengan berpakaian paling menarik (dimata mereka sahaja - pen), atau untuk dating..
Sekitar jam 2.00 petang, penulis turun mencari surau untuk menyelesaikan kewajiban. Sebenarnya, sebelum itu melawat ke tandas sebagai acara wajib. Tandas di kompleks ini Masya Allah...jauh lebih hebat daripada kompleks beli belah yang lain dari segi keluasan dan penjagaan. Ianya kelihatan begitu eksklusif, meskipun setelah masuk ke dalam bilik tandas yang disediakan keadaan adalah di gred A-, tetapi pada pandangan penulis, tandas di sini secara keseluruhannya ialah berada di gred A+. Meskipun bayaran masuk ialah RM0.20 sama seperti tandas di bus stop berdekatan bandar tempat tinggal penulis, namun dari segi kualiti, prasarana dan keselesaan, ianya jauh lebih hebat!!
Dari temubual yang dibuat, maka lokasi surau dikenalpasti di tingkat G. Setibanya di bawah melalui lif yang kelihatan agak usang, terpaksa bertanya lagi dan rupanya ia berada di hujung bangunan. Dan tatkala bertemu, Masya Allah...ruang dalamannya amat menarik dan menenangkan jiwa.
Penulis memang sempat iktikaf sehingga jam 04.00 petang dan terasa begitu berat untuk melangkah keluar..
Kemudian, kami makan di tingkat lima. Ada sesuatu yang ganjil berlaku dengan kehendak Allah. Ada tulang terlekat di kerongkongan. Mulanya macam terasa daging tak terlepas. Setelah berlari ke bilik air RM0.20, terlihat tulang tersebut di sebelah anak tekak. Kumurlah dan cuba muntah, ia setia di situ...
Kemudian, menemani orang sebelah ke surau untuk jama takkhir. Berjalan pulang dalam keadaan tekak yang tidak selesa. Sempat membeli air al quran dan juga minyak wangi ..
Singgah di R n R Machap untuk solat jama Maghrib dan Isya. Bacaan rasa kurang selesa dek kerana tulang yang ada
Setibanya di daerah kediaman, terus menuju ke klinik panel. Doktor sememangnya kelihatan 'kurang selesa' dengan karenah penulis yang penakut untuk dicabut tulang yang melekat, hingga terpaksa diugut untuk dirujuk ke hospital..
Ulasan