Ramadhan : Terkenang semasa dulu

Bayu Ramadhan mula menyapa subuh ini...membawa bersama kesyahduan dan kenyamanan aroma syurgawi menggamit hati yang tunduk agar segera memperbanyakkan amal dan doa serta taubat kepadaNya ..

Penulis terkenang Ramadhan semasa kecil dahulu. Ya..walaupun baru-baru belajar berpuasa, namun keadaan sekeliling sebenarnya banyak membantu untuk berpuasa. 

Sebagai contoh, apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka majlis musabaqah membaca al quran (kini dikenali sebagai tilawah) peringkat antarbangsa akan diadakan. PAda waktu itu, hanya ada tiga saluran televisyen sahaja, dan dilokasi penulis, hanya ada RTM 1 dan RTM 2 sahaja. Maka kedua-duanya akan menyiarkan siaran tersebut secara langsung. 

Pada waktu tersebut, tidak pernah pula kedengaran mengenai bazaar Ramadhan. Hampir keseluruhan keluarga akan menyiapkan makanan berbuka sendiri, dan selalunya secara amat sederhana. Maka tidak timbul soal kehilangan masa kerana berjalan ke bazaar Ramadhan, juga kerabakan atau ketirisan amalan dek kerana pemandangan 'aneh' yang wujud di sana-sini..


Dan yang paling menarik, saluran TV banyak menghidang rancangan berbentuk sejarah agama, seperti kisah Nabi Musa dan sebagainya. Sepertinya tidak pernah atau jarang dipaparkan kisah mengenai bagaimana hendak melazatkan lagi tekak ketika berbuka puasa.


Kalau kini, TV sukar untuk menyiarkan kisah-kisah sejarah Islam di waktu siang hari. Lebih banyak kepada rancangan berbentuk masakan, persediaan berbuka, persediaan hari raya, pengalaman selebriti berpuasa dan pelbagai lagi yang dikaitkan dengan Ramadhan, tetapi sebenarnya sedar atau tidak sedar secara halus ianya cuba mencacatkan Ramadhan.


Kisah-kisah sinetron dari negara jiran terus menghiasi kaca TV tanpa hentinya, begitu juga kisah-kisah seram sedangkan iblis dan syaitan telah dijanjikan untuk bercuti panjang dan dibuang ke lautan, namun rupanya masih ada prodesur yang menjadi ejen kaum ini secara tidak rasmi, memaparkan kisah kehidupan iblis dan syaitan di kaca TV...

Drama yang kununnya dikaitan dengan Ramadhan tetapi perilaku pelakonnya jauh dari semangat sebenar Ramadhan ..

Hotel juga tidak kurang hebantnya berlumba menawarkan bufet Ramadhan guna untuk memperbolehkan insan melampiaskan nafsu makan mereka semahunya tatkala berbuka puasa, dan dalam masa yang sama taukeh atau pemilik hotel mengaut untung luar biasa .. bahkan kadang-kadang majlis berbuka disajikan pula dengan acara nyanyian dari artis yang jauh dari akhlak beragama sepanjang kariernya .. walaupun ianya dibuat untuki meraikan anak-anak yatim yang berpuasa kununnya



Oh..rindunya puasa pada masa dahulu ...







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol