Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba ..Ramadhan Tiba
Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan kedatangan Ramadhan... tetamu agung yang bertandang setahun sekali.. Bulan dimana dibuka kesemua pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka ..
Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)
Malam tarawih yang pertama sang imam berdiri agak panjang membawakan juzuk pertama dari helaian mushaf al quran. Imam bukanlah seorang hafiz .. tetapi cuba membawa bacaan al baqarah dengan membuka mushaf. Ibadah sunnah malam pertama Ramadhan berakhir sekitar jam 10.30 malam..
Waktu zuhur yang cerah pada 1 Ramadhan kedengaran seseorang yang mula bising-bising solat sunat tarawih terlalu lama dan panjang .. dikatakan imam syok sendiri ..
Maka pada malam kedua sang imam membaca agak pantas.. cukup seqadar dua ayat dalam satu rakaat. Maka KPI untuk cepat habis dapat dicapai pada malam kedua...namun di mana keikhlasan dan kekhusyukan serta tadabbur >.?
Disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, ada riwayat yang menyebut bahawa Muaz pernah melaksanakan solat Isyak bersama para sahabatnya dan ia memanjangkan (bacaannya) lalu ada seorang lelaki keluar dari shaf dan mengerjakan solat. Kemudian Muaz mendatangi Nabi s.a.w. dan menceritakannya. Rasulullah s.a.w. marah dan mengingkari apa yang dilakukan Muaz dan Rasul tidak mengingkari apa yang dilakukan lelaki itu serta dia tidak memerintahkannya untuk mengulang solatnya. Riwayat di atas menjadi alasan bolehnya seorang makmum mufaraqah dikeranakan imam terlalu panjang bacaannya, sementara ada makmum yang barangkali tidak boleh berlama-lama bersama imam. Sebab, pada dasarnya imam juga dituntut untuk memahami keadaan makmumnya; apakah mereka yang ikut solat berjemaah fiziknya mampu apabila dipanjangkan bacaan Qurannya atau ada di antara mereka yang lemah fiziknya?
Mungkin boleh diambil kesimpulan bahawa di kebanyakan kawasan dalam negara semenanjung emas ini, khususnya di bahagian selatan, wujud fizik-fizik lemah yang kurang mampu berdiri lama.
Nak kata lama tak lah terlalu lama. Satu rakaat dibaca satu mukasurat..mungkin seqadar lama berdiri jika solat di dua tanah haram...
Alangkah seronoknya jika sepanjang malam dapat berdiri untuk solat di hadapan kekasih yang agung ..
Ulasan