sketsa solat tarawih

Malam ke lima berpeluang mengulangi solat tarawih di masjid semalam, memandangkan imamnya adalah seorang huffaz...

Ya...meskipun huffaz, tetapi imam ini seqadar membaca dua atau tiga ayat untuk satu rakaat. Ini adalah mungkin secocok dengan fizik jamaah yang mungkin lemah untuk berdiri bagi menghabiskan satu mukasurat setiap rakaat berbanding di dua tanah haram...


Apa yang menariknya ialah selepas lapan rakaat, jamaah yang tinggal hampir separuh daripada keseluruhan jamaah yang hadir. Dan fenomena yang lain ialah wujud beberapa jamaah yang menunaikan solat sendirian, mungkin witir di kawasan belakang masjid..

Juga tatkala solat didirikan kedengaran suara orang berbual...bila ditoleh kelihatan sekelompok anak muda seronok berbual di tepi pintu masuk masjid...ni bukan geng lapan atau geng dua tiga. Ni geng pengacau kekhusyukan orang yang mahu menghabiskan sedikit masa dalam jamaah tarawih...

Alangkah bagusnya kalau setiap waktu solat masjid dipenuhi jamaah seramai jamaah tarawih..tetapi ini tidak berlaku

Kalaulah Umar Al Khattab dilanjutkan usia hingga ke saat ini...mungkin beliau akan menarik balik 'bid'ah yang baik' yang difatwakan beliau tempoh hari...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol