Seolah sudah hari raya

Hari ke 26 Ramadan yang agung....malam ini boleh menjadi malam penentu untuk menyambut rombongan jibrail dari langit. Pagi seusai subuh disambut denngan deraian hujan lembut membasahi bumi ...

Rancangan di peti televisyen juga telah berselang-seli dengan bunyi-bunyian kemeriahan hari raya. Tragedi mercun juga seolah diulang tayang saban tahun dan tahun ini mungkin yang paling tragis..

Perbualan dengan teman setia dan tercinta tatkala menikmati juadah berbuka maghrib tadi juga berkisar mengenai mercun dan sebagainya. Betapa tatkala di zaman kanak-kanak kami amat meriah diwarnai pelbagai dentuman mercun dan bakaran bunga api. Namun rasanya tidak pernah pula kedengaran wujud sebarang kejadian yang menyayat hati ataupun kecederaan yang perlu digemburkan di dada akhbar dan juga media massa lainnya.

"Kita orang siap main meriam buluh lagi. Tak de apa masalah pun yang berlaku," kata orang sebelah. Wah nampaknya sejarah hari raya beliau jauh lebih hebat dari sejarah hari raya penulis. Penulis paling-paling kuat pun main mercun tembak ke langit tu je. Masih ingat lagi sekitar usia lima ke enam tahun di hadapan rumah bersama arwah atuk dimana mercun yang dipegang menunjuk ke langit meluncurkan laju bebola api secara tiba-tiba mengeluarkan bebola api dari arah bertentangan menyebabkan baju melayu baru yang dipakai terbakar...mujur ketiak tak hangus...

Dan disana-sini kebanyakan dari kita sudah sibuk bercerita mengenai sambutan hari raya yang sebenarnya belum pasti kita akan menemuinya. Kita hanya terus dikhayalkan dengan pelbagai bentuk pembelian penghias rumah, makanan dan sebagainya tetapi bagaimana dengan pengakhiran ramadhan kita...

Kadang-kadang rasa bimbang dengan doa Jibrail tatkala Rasulullah SAW naik ke mimbar baginda, iaitu celakalah orang yang melalui Ramadhan tetapi terlepas dari mendapat pengampunan...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol