Hari terakhir Ramadhan rupanya...
Hari ke 29 ramadhan tiba jua menjengahkan diri dengan sinaran mentari bagaikan warna keperakan. Ini dikongsi bersama dengan dua sahabat yang lain yang turut mengakui perkara tersebut. Benarlah akan ijtihad hujjatulmislam al Ghazali akan malam qadr yang dijangka jatuh pada malam ke 29 ramadhan pabila awal ramadhan berlaku pada hari rabu...
Kesibukan hari ini untuk membuat sedikit persiapan. Ya...melayu tetap mengekalkan status quo bahawa perlu membuat persiapan untuk menyambut lebaran...ke pasar tani untuk membeli dan membelah dan kemudian membuat sedikit persiapan.
Menyelesaikan masalah motosikal tua yang agak lama tersadai dek keraja tayar yang lembik tidak sempat untuk dipamkan anginnya. Membawa motor dengan tayar belakang lembik menuju ke kedai motor. Mentari memang tidak panas. Kedai motor biasa milik pasangan berbangsa tionghua. Nyonya becok bercerita mengenai kucing peliharaannya. Dari cerita yang disampaikan ternyata beliau amat sangat menyanyangi kucingnya. Kucing-kucing itu diikat lehernya. Kerana dia mendakwa jika dilepaskan akan mendatangkan bahaya. Dia bercerita mengenai kucing jantan yang menjadi garang dek kerana diikat tidak mampu untuk melampiaskan nafsunya. Kucing tersebut akhirnya dilepaskan dan hanya sekali sahaja pulang ke rumah dan selepas itu hilang ... Tidak pula diketahui sama ada hidup atau mati ...
Yang ada dikedai itu adalah seekor kucing betina juga terikat di leher. Dia mendakwa jika dibiarkan lepas akan berlari menuju ke jalan raya...dan boleh mengundang celaka dan mara bahaya...
Kucing itu lagi dakwanya tidak mahu makan jika tuannya tidak duduk menghadapnya. Dia mempamerkan kucing itu kepada penulis dan ternyata ianya seolah faham apa yang diucapkan oleh tuannnya itu...
Dan selepas maghrib sebelum pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dibuat, bumi ini telah bergegar dan gegak gempita dengan letusan dan ledakan mercun yang entah cap apa. Kadang-kadang seperti bunyi mesingan. Terkadang seperti letupan mortar. Terasa seperti berada di medan perang.
Masalah mercun di kalangan melayu-muslim muncul setiap tahun. Tahun ini mungkin paling tragis kerana meragut nyawa dua adik beradik anak pemilik sebuah syarikat barangan kecantikan. Tetapi nampaknya tiada pula 'fatwa' yang mampu dikeluarkan mengenai masalah permainan mercun ini.
Kadang-kadang kita bising dengan jiran-jiran tionghua di taman perumahan yang membakar mercun berangkai pada malam tahun baru cina saban tahun. Tapi kita lupa dengan perangai anak bangsa kita yang gilakan mercun seawal 1 Ramadhan hingga membawa ke 1 zulkaedah...setakat ini tidak pernah kedengaran anak cina melecur tangan bermain mercun. Tetapi anak melayu yang menjadi yang dipertuan ini acapkali tercedera di medan permainan mercun. Apakah jika mereka ini merasa gumbire pabilan. Apakah jika mereka ini merasa gumbire pabila mendengar letupan dan ledakan ala-ala bom ini, akan tetap serunuk dan gumbire jika dihantar ke medan jihad di Syria atau Palestin ....?
Selamat hari raya.... Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima olehNya...
Ulasan