Syawal menjengah jua...

Ya...tiada siapa pun yang mampu menolak kehendakNya. Meskipun semua makhluk bersekutu untuk menidakkan sesuatu perkara, tetapi jika ianya merupakan kehendakNya maka ianya pasti berlaku jua. Begitulah perjalanan bulan dan cakerawala serta masa. Ianya tunduk dan patuh menurut aturanNya..

Ramadhan akhirnya pergi meinggalkan kita. Entahkan kita boleh menemuinya lagi atau tidak...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Kehadiran syawal sebagaimana lazimnya disambut dengan laungan takbir hari raya bernada sayu. Meskipun umat ini faham bahawa sambutan hari raya adalah petanda kemenangan umat menahan nafsu selama sebulan penuh, namun kejayaan dan kegembiraan meraikan kemenangan itu jarang diterjemahkan dalam alunan takbir hari raya. Ianya lebih sinonim dengan irama kesedihan dan kesyahduan. Ini kerana bangsa Melayu lebih senang meraikan syawal dengan kehadiran semua anak dan keluarga berkumpul bersama. Jika ada yang tidak dapat hadir di malam hari raya apalagi di pagi syawal, kesayuan akan bertandang di hati. Mereka sayu bukan kerana terkenangkan adakah amalan diteima atau ditolak, tetapi kerana terkenangkan kampung halaman atau orang yang tersayang...



Ya...kadang-kadang diri tertanya-tanya bagaimana orang melayu dahulu menyambut hari raya. Mungkin antara tinggalan silam mereka dari aspek fizikal yang terus diamalkan dikalangan anak cucu mereka di akhir zaman ini ialah nyalaan api pelita di halaman rumah, khususnya di kawasan kampung. Sesuatu yang menjadi misteri ialah dari mana berasalnya nyalaan lampu pelita di halaman rumah ini? Kalau sekiranya adalah untuk menerangkan halaman rumah kerana ketiadaan lampu elektrik, sudah ada jamung yang dibakar untuk menerangi jalan. Lampu pelita juga tidak diaplikasi setiap masa dan setiap malam di halaman rumah. Hanya dibakar dan dicari serta diperbuat menjelang perayaan hari raya sahaja...



Mungkin kebanyakan dari kita terlupa bahawa sebelum menerima Islam, nenek moyang kita telah mengamalkan agama hindu terlebih dahulu ... Dan sebelum itu adalah beragama animisme..memuja semangat ghaib. Antara perayaan terbesar umat hindu ialah perayaan cahaya atau diwalee. Nah...apabila menyambut hari dewale, sudah barang pasti nenek moyang kita yang semasa itu beragama hindu akan menerangi kawasan gelap di perkarangan rumah mereka dengan cahaya dari lampu pelita...dan tidak mustahil amalan itu diteruskan apabila mereka menerima Islam .... Walaupun mungkin tujuan mereka adalah untuk menyerikan hari raya dan sebagainya, namun asal usul perkara tersebut perlulah diketahui agar kita tidak menjadi umat yang bertaqlid buta tanpa mengetahui punca datang sesuatu amalan yang dilaksanakan.

Sememangnya agak sukar untuk menukar segala yang sudah menjadi amalan hang mendarah daging dalam kehidupan kepada cara hidup yang amat berbeza dan berlainan. Lebih-lebih lagi Islam di tanah melayu, khususnya Melaka adalah bermula dari istana. Tentu sukar untuk kita membayangkan bagaimana orang-orang Melayu semasa itu menyambut eid fitri dalam tahun pertama pengislaman mereka. Tentu banyak perkara dalam agama asal yang terbawa-bawa dalam perayaan baru mereka itu. Maka tugas para ulama semasa itu mungkin agak mencabar dalam membangunkan jiwa tauhid di kalangan rakyat yang baru sahaja menerima cahaya Islam yang dipancarkan terus dari istana Melaka. 

Maka acara membakar pelita ini terus dipertahankan dan diwarisi secara turun temurun meskipun kini lebih banyak lampu canggih yang muncul, namun bangsa ini masih tetap mahu menghidupkan pelita di kawasan rumah mereka setiap kali munculnya syawal, bermula dari malam-malam akhir Ramadhan lagi. 

Mungkin alasan mereka ialah untuk cantik, atau bersuka-suka sahaja sempena hari raya. Tetapi meskipun ianya kelihatan agak simple dan bersahaja, kita kadang-kadang berbimbang-bimbang juga kerana asal perbuatan itu bukanlah merupakan adat yang diwarisi dari Melayu-Islam tetapi telah diwarisi lebih lama dari itu. Dari zaman kegemilangan tamadun Melayu-Hindu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol