Hari raya oh hari makan oh hari bersuke suke

Majlis sambutan hari raya di peringkat organisasi pada tahun ini dibuat lebih awal daripada kebiasaan tahun tahun sebelumnya. Lokasi juga berbeza daripada lokasi tahun lepas. Dengan keadaan yang agak tertutup dan sebahagian berhawa dingin, ianya bisa mengurangkan darjah kemarahan mereka yang tidak mendapat makanan.

Sambutan pada tahun ini juga tidak dikongsi bersama pelanggan. Jika pelanggan ada bersama, suasana akan menjadi agak kacau dan kerap mereka ini masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk staf.

Penulis juga pada kali ini hanya makan sedikit sahaja bersama teman-teman dari pejabat lama di dewan makan eksklusif disertakan pelayan ibarat wildan di taman jannah. 

Dua hari kemudian, sambutan diadakan pula di pejabat penulis. Hidangan istimewa ialah kambing bakar dua ekor. Hadirin kelihatan seperti tidak begitu ramai. Namun tetamu istimewa yang tidak dijangka agak memeriahkan suasana.

Dan keesokkannya juga berlaku sambutan hari raya di rumah bos. Meskipun hadir agak lewat hingga menjejak ke waktu asr, kehadiran beberapa orang warga kerja agak memeriahkan suasana.

Kemi kemudian bergerak pula ke batu pahat menziarahi rumah rakan sekerja yang lain...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol