Citraku meraung lagi

Beberapa hari semasa membuat lawatan hari raya adik perempuan penulis ada menyatakan bunyian aneh dari tayar belakang sang citra tatkala brek ditekan. Namun penulis gagal mendengarnya walaupun setelah diperlahankan radio. Mungkin kerana bunyinya tidak begitu kerap.

Hari-hari berlalu sehingalah tibanya hari Isnin dimana tatkala pulang, ada bunyi yang agak kuat dikesan lagi selepas melintasi lampu isyarat.

"Ini kena bawa ke klinik nih..." Getus hati penulis.

Maka dengan kadar yang tidaklah seberapa segera, penulis bergegas ke bengkel biasa untuk bahagian tayar di hujung bandar belakang hotel lama...

" Ini brek shoe punya pasal bang..." Kata apek dengan senyum memanjang penuh bermakna. Senyum penagih wang..!!

"Tapi ini hari tak boleh bikin..kedai sudah tutup..esok u datang...kerja mana?"

"Parit raja..."

"Banyak jauh...bahaya..esok lu datang..."

Maka yang terpahat di kepala penulis ialah mohon keizinan dari bos untuk masuk lewat. Maka SMS pun dilayangkan kepada para penumpag biasa bahawa esok tiada tumpangan yang boleh dibuat.

Keesokan paginya ,menjelang dhuha, penulis segera kembali ke bengkel. Ya...pekerja sedang sibuk membuka kedai.terpaksa menunggu sebentar dan kemudian apabila tayar ditanggalkan, maka terbuka rahsia bahawa break shoe sudah rosak dan pump break juga sudah bocor...

Mahu tidak mahu alat ganti terpaksa dipersetujui dengan harga RM290.00!! Huh...

Pemasangan dan penggangian memakan masa agak panjang hingga penulis sempat tertidur. Sekitar jam 11.15 pagi barulah selesai dam penulis terpaksa memecut laju menuju ke pejabat...

Oh my citra....!!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol