Eh...saya ni Dr tau...

Ini adalah fenomena biasa yang berlaku pada mana-mana ahli akademik yang tidak tahan dengan sengatan berbisa sekeping kertas bertaraf Doktor Falsafah.

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah pejabat pentadbiran di salah sebuah universiti awam tersohor di sebuah negara dalam kalangan asia tenggara. Maka ditegurlah oleh seorang staf bertaraf kerani cabuk,

"Err...encik ada hal apa yang boleh saya bantu..?" 

Begitu bersopan dan layanan bertaraf tinggi serta hampir mematuhi MS ISO 2000, panduan 'akhlak' staf yang dijunjung tinggi dan diagungkan ke tempat yang tidak sepatutnya.

"Eh..saya ni bukan encik. Saya Dr tau...saya baru je balik dari luar negara.."

Maka tersipu-sipu malu sang kerani cabuk disebabkan keceluparan mulutnya yang gagal menilai yang mana kaca yang mana permata...


Ya...gelaran itu sangat penting. Kealpaan sesiapa sahaja warga menara gading memanggil gelaran tersebut akan membuah dosa yang boleh disenaraikan dalam kalangan dosa-dosa pertengahan mengikut kitab junjungan warga menara gading..

Maka tidak hairanlah kebanyakan dari mereka kini bagai berlumba-lumba untuk mencapai sekeping kertas yang menjanjikan pelbagai habuan dan gelaran itu. Tetapi sayangnya tidak semua yang berlumba itu berjaya. Wujud juga golongan yang pergi untuk beberapa tahun akhirnya kembali tanpa sebarang sijil, melainkan gambar-gambar kenangan yang dimuatnaik pada laman-laman sosial sahaja.

Penulis teringat sebuah kisah pada zaman kekhalifahan abasiah yang ada menyebutkan mengenai seorang ulama yang bercakap dengan amirul mukminin dengan hanya memanggil nama sahaja tanpa menyebut gelaran amirul mukminin. Ini menyebabkan sang raja menjadi berang dan berniat untuk menghukum ulama tersebut.

Ulama itu terus sahaja berkata bahawa di dalam al quran, panggilan gelaran hanya diberikan kepada musuh-musuh Allah sahaja seperti firaun, yang mana Allah tidak pernah langsung menyebut nama sebenarnya. Tetapi bagi para kekasihNya, nama mereka disebut terus seperti luqman, zulqarnain dan sebagainya...

Seorang ahli akademik muda menceritakan pula akan kegusarannya untuk menegur atau bersapa dengan ahli akademik lain kerana khuatir tidak menyebut akan gelaran yang ada padanya. 

"Bila panggil dr karang, rupanya belum selesai. Tapi bila tak dipanggil rupanya memang dah menyandang jawatan. Nanti bermasam muka pula. Maklumlah susah kan nak dapat gelaran keramat tuh...."

"Tapi pengalaman aku kat UK dulu, aku punya supervisor yang bergelar prof tu pun kita orang panggil nama jek. Tak pula dia menampakkan ekspressi muka tidak gemar ..."


Oh....rupanya orang kita lebih hebat dalam bab gelaran nih. Yelah...ianya sudah menjadi budaya sejak zaman berzaman. Kan biasa kita mendengar gelaran untuk pembesar melayu seperti Orang Kaya Jajahan, Datuk Laksamana, dan pelbagai lagi.

Di sebuah republik negara luar, gelaran tidak langsung diguna pakai. Jika dapat pingat pun, tidak membawa sebarang gelaran, meskipun ianya setaraf dengan gelaran dato atau tan sri di negara semenanjung emas ini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol