Kelas Pertama

Kelas pertama untuk semester ini. Penulis datang agak awal untuk menjejak kelas. Ya..kelas itu terletak di tingkat paling atas pada bangunan tersebut.Memanjat anak-anak tangga dengan agak tergesa-gesa. kemudian, kerana tersilap jangka, menyebabkan terpaksa berjalan agak jauh dan kemudian barulah bertemu kelas tersebut.

Tatkala masuk, sudah ada pelajar yang setia menunggu meskipun jumlahnya tidak seperti yang tertera pada senarai kehadiran.

Menunggu dengan sabar sambil memasang note book pinjaman pejabat. Selepas jam 5.15 penulis memulakan kelas.

Sebagaimana yang dijangka, bilangan pelajar mula bertambah berdikit-dikit. Masuk segerombolan anak-anak muda yang agak 'nakal'. Ya...bilangan perempuan dan lelaki adalah agak seimbang berbanding agihan pada semester lepas dimana lelaki hanya ada lebih kurang enam orang sahaja, manakala selebihnya adalah perempuan.

Dan taaruf awal ialah dengan memperkenalkan nama, asal, fakulti pengajian dan akhirnya menyanyikan lagu yang paling diminati.

Tidak seperti kumpulan pertama yang bersama penulis, kumpulan ini gagal mempamerkan jiwa sporting mereka.

Boleh jadi kumpulan ini tidak memandang serius mengenai kelas ini. Ada juga pihak yang kelihatan lebih serius tetapi bilangan mereka agak kecil. Mungkin juga yang tidak serius itu tidak begitu ramai, tetapi yang lain adalah terikut-ikut dengan gelagat sahabat-sahabat baru lain, terdiri daripada segerombolan lelaki yang kelihatan seperti ingin mendominasi kelas pada kali ini.

Kelas berakhir dengan pelatikan ahli jawatankuasa program sebagaimana biasa. Ketua telah dipilih dengan kemenangan yang agak mudah, hanya satu calon yang dipilih dan seterusnya disokong sebulat suara tanpa bantahan mana-mana pihak pun...

Ya...kelihatannya kelas pada kali ini agak mencabar. Cuma entahlah kalau mulai minggu hadapan ramai yang lari ke seksyen lain..? 

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol