Jatuh bangun sebuah perjuangan : sukar sangatkah untuk memilih Islam?

Kadang-kadang terlintas di minda penulis, sukar sangatkah untuk menyampaikan mesej tentang Islam pada hari ini?

Walhal kita dikelilingi oleh terlalu banyak medium mudah seperti FB, tweet dan sebagainya. Cubalah sekali-sekala kita berbicara mengenai kebaikan dan keindahan Islam.

Mungkin sepanjang hari kita penuhi dengan pelbagai aktiviti yang mungkin sekelumit pun tidak menguntungkan Islam. Bahkan kadang-kadang kita menyatu dengan para pendukung jahiliah untuk meruntuhkan Islam itu sendiri tanpa kita sedari.

Sebagai contoh kita terlibat dengan sebuah mesyuarat yang membincangkan mengenai pengisian sebuah program bertaraf kebangsaan. Kita berbincang tentang pengisian. Maka juak yang kurang faham atau kurang mesra dengan syariah, akan menyodorkan pelbagai hidangan multi mesra dosa, seperti nyanyian, konsert, persembahan pentas yang melibatkan secara langsung pergaulan bebas antara dua jantina berbeza yang bukan mahram. Maka apa peranan kita? Adakah hanya menongkat dagu dan terangguk-angguk sahaja atau memasamkan muka, atau bersuara sedikit untuk memberikan sedikit peringatan dan mencadangkan alternatif?



Kebanyakan dari kita hanya mampu tersenyum pahit walau dalam hati meronta untuk menolak. Perasaan berkecamuk antara menyokong atau menolak mentah-mentah. Mungkin timbul ijtihad di benak bahawa aku hanya bertaqiyyah untuk menyelamatkan diri...tapi apakah Dia redha akan tindakan kita?

Adakah kita terus-terusan menjadi golongan ketiga dalam hadis yang bermaksud, sebagai selemah-lemah iman, iaitu membenci di dalam hati. Kemudiannya kita hadir jua dalam majlis yang telah dirancang bahkan turut mengaminkan doa sebelum konsert dimulakan?

Pernahkah kita terfikir bahawa bagaimana Allah ini menilai dan memandang diri kita?

Allah kan maha pengampun, kita ni umat akhir zaman...kan lemah...

Oh...bab keimanan kita ambil yang paling minima dan lemah. Tetapi bab kenaikan pangkat dan penganugerahan kebesaran dan kemuliaan, kita berusaha sedaya upaya menjadi umat terbaik dan terkehadapan bahkan sedikit terguris dek kerana segala usaha hanya dipandang sebelah mata oleh majikan?

Aku dah kerja bertahun...pangkat pun payah nak naik. Pi interview pun tak pernah dipanggil....

Kenapa kita begitu bersusah-payah mengejar pangkat kemudian sambil menyembunyikan perasaan benci di dalam hati terhadap pemerkosaan hukum-hukum Allah?

Payah sangatkah kita hendak membawa mesej Islam dalam perbualan seharian kita, dan kemudian ianya bakal merebak ke merata alam? Kita sering lebih lincah dan kelihatan serunuk berbicara kosong sambil ketawa tanpa sebab dan batas daripada berbcara perihal keindahan dan kemuliaan islam.

"Eh....nko silap...kami masukkan dakwah dalam diam...."

Bagaimana kita boleh menyusun satu bentuk dakwah yang lebih sempurna dengan mencontohi kaedah dan jalan yang telah dilalui oleh para dai dan sahabt serta salafus soleh sesuai dengan yang telah dirintis oleh Junjungan Besar SAW?

Teruskanlah apa yang dfikirkan elok...esok jawablah sendiri di hadapan rabbul jalil...wallahu a'lam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol