Kadang-kadang menjadi PAR .. kadang-kadang menjadi kerani...kadang-kadang menjadi PP

Ye..walaupun jawatan penolong pegawai, kelas B, kalau mengikut gelaran dahulu kala, bukanlah terlalu tinggi...sekadar penyelia jika berada di kawasan perindustrian, namun jika dibandingkan di jabatan-jabatan kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah, ianya adalah satu jawatan yang agak berprestij. Ia seringkali juga digelar AO atau Assistant Officer. 

Kalau sebelum SSM diperkenalkan, ianya adalah berada dalam gred N6, namun sekarang sudah menjadi gred N27. Gred ini dipakai juga oleh penghulu ...

Di pejabat atau organisasi penulis, jawatan ini tidaklah dilihat sebegitu gah seperti yang berlaku dalam iklim di pejabat tanah atau pejabat daerah. Mungkin hal ini adalah disebabkan faktor jumlah penjawat jawatan ini yang agak ramai. Begitu juga jika dinaikkan ke gred 32 sekalipun, kadang-kadang tugas yang dipikulkan atau yang dipertanggungjawabkan menurut yang terkandung dalam senarai berbeza dengan realiti sebenar.

Menurut pandangan salah seorang penceramah INTAN, semasa menghadiri kursus penyelia beberapa tahun lalu, jawatan penyelia ini, termasuklah untuk jawatan dari CC ke atas hingga gred 40, adalah umpama daging burger. Ini kerana ia dihimpit oleh roti dan sayuran serta tomato dari atas, dan juga dihimpit oleh roti dari bawah.


Ini bermakna, penyelia akan selalu mendapat tekanan dari pihak atasan (gred 41 ke atas) dan juga mendapat tekanan dari pihak bawahan (17 ke bawah). Mereka ini selalunya menerima arahan dari kelas atasan, atau kadang-kadang menjadi medan melepaskan kemarahan atau ketidakpuasan hati oleh pihak atasan, dan kerap juga dijadikan sasaran oleh pihak bawah yang menuntut sesuatu, atau yang enggan melakukan tugasan yang sebenarnya berasal dari pihak atasan dan sebagainya..

Itulah kadang-kadang mereka ini boleh menjadi gred 41 pada satu-satu masa, apabila penyandang enggan atau lupa atau terlalu sibuk hingga terpaksa berwakil walikan penolong pegawainya, dan kadangkala terpaksa menjadi kerani apabila kerani sedia ada berada dalam kesibukan manakala tugasan perlu pula disiapkan dengan kadar segera ..

Bahkan ada kalanya terpaksa menggalas sebentar jawatan pembantu pejabat apabila orang yang diharapkan itu seolah berogah-ogahan (pinjaman kata Indonesia) untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan.



Sebenarnya, Nabi SAW telah mempamerkan suatu sunnah terbaik apabila berada di atas selaku yang memegang kuasa. Perhatikan bagaimana Annas b Malik, seorang sahabat yang duduk berkhidmat dengan Nabi SAW selama 10 tahun menceritakan perihal penyelianya itu..

Demi Allah, aku telah berkhidmat kepada beliau selama sepuluh tahun, beliau tidak pernah berkata untuk sesuatu yang aku lakukan, “Mengapa kamu melakukan ini?” Beliau tidak pernah berkata untuk sesuatu yang aku tinggalkan, “Mengapa kamu tinggalkan ini?”
Bila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggil Anas, terkadang beliau memanggilnya dengan Unais sebagai ungkapan cinta dan kasih sayang, dan di lain waktu Nabi memanggilnya, Wahai anakku.
Alangkah moleknya kalau setiap staf memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Alangkah seronoknya jika dalam sesebuah pejabat itu wujud manusia yang faham mengenai amanah yang telah diberikan bakal dipersoalkan di akhirat kelak...
Kadang-kadang kita berani dan rajin bersoal-jawab dengan orang atasan mengenai sesuatu suruhan atau tugasan yang diberikan. Mungkin dari satu sudut, bagi memberikan sedikit pengajaran kepada mereka yang kerap menjadi jurusuruh tanpa memberikan sedikit cuma contoh atau tenaga bersama, adalah kebaikan yang mungkin boleh ditimbulkan hasil dari sesi soal jawab tadi. Tetapi apabila terlalu kerap bersoal dan mengungut pula, bagaimana keadaannya nanti?
Mampukah kita menjawab segala persoalan di hadapan Allah kelak? 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol