Bagaimana menjadi baik?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya hendak menjadi seorang yang baik? Apakah kriteria yang menyebabkan seseorang itu dinobatkan sebagai baik? Adakah dikatakan baik itu ialah seseorang yang rajin dan pandai belajar sahaja? Ataukah yang dikatakan baik itu bila menjadi kaya wa raya?

Ibn Abbas salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW ada formulanya. Formula ini diterima daripada sebaik-baik manusia yang diketahui oleh semua umat baik di timur mahupun di belahan barat. Manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah junjungan besar Muhammad b Abdullah SAW sendiri...

Baginda ada menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa apabila seseorang itu dikehendaki Allah menjadi baik maka dia akan menjadi seorang yang faham akan agamanya...

Nah...rupanya apabila seseorang itu faham akan agama, maka dia pasti akan menjadi seorang yang baik. Maka tidaklah menjadi syarat untuk faqih tentang agama itu perlu mendaftar menjadi salah seorang pelajar universiti madinah atau al azhar atau UIA atau sekurang-kurangnya sekolah pondok. Hal itu bukanlah satu syarat. Ilmu kefahaman agama boleh didapati di mana-mana sahaja asalkan ada kemahuan. Bukankah salah seorang prof yang hebat yang kerap bercakap di kaca televisyen itu bukanlah seorang yang berasal dari pendidikan berlatar belakang agama. Tetapi beliau itu dikatakan mendapatkan ilmu agama dari dalam kenderaannya tatkala tersekat di dalam kesesakan jalan raya selama 20 tahun dengan mendengar ceramah dari kaset dan cd penceramah serta ulama terseohor. Dan apabila ia tamat sahaja mendengar ceramah2 tersebut, dengan seberapa segera beliau akan menghubungi ulama tersebut untuk mohon keberkatan dan juga mohon agar didoakan...

Oleh yang demikian maka wajiblah atas kita mendidik dan mendorong anak kita dan sesiapa sahaja agar faham akan agama. Kerana itulah kunci akan kejayaan manusia di atas muka bumi yang fana ini.

Diceritakan bahawa terdapat seorang remaja yang sangat nakal di salah sebuah sekolah yang merupakan anak lelaki tunggal yang juga turut dibenci oleh kedua orang tuanya kerana mereka telah berputus asa untuk mendidiknya sebagai seorang yang baik. Maka setelah pihak kaunseling sekolah tidak mampu lagi untuk melaksanakan kaunseling terhadapnya, maka dipanggillah ustaz untuk berhadapan dengannya.

Tatkala ustaz tersebut masuk ke bilik kaunseling bagi menemui pelajar terbabit, didapati bahawa pelajar itu sedang duduk dalam keadaan kaki dan berkasut diletak di atas meja guru kaunseling.

Maka ustaz tersebut pun cuba berbicara dengannya dalam keadaan tapak kasutnya hampir berada di muka ustaz tersebut. Maka dibuka cerita yang berkaitan dengan remaja seperti topik bolasepak dan sebagainya. Maka apabila remaja itu telah mula terpesona dengan kisah sang ustaz, terus sahaja dia masuk kan kisah mengenai agama dan sebagainya dan akhirnya pelajar tersebut menjadi tertarik untuk masuk ke sekolah tahfiz.

Setelah menghubungi ibu bapanya, pelajar itu pun dihantar ke sebuah sekolah tahfiz. Maka sang mudir selepas berlalu dua minggu dihubungi akan ibu bapa remaja tersebut namun mereka enggan untuk menjenguk anak mereka kerana beranggapan anak mereka pasti sukar untuk berubah.

Maka selepas beberapa minggu sang mudir masih terus menghubungi ibu bapa pelajar itu agar mereka datang melawat anak mereka namun masih ditolak.

Akhirnya selepas beberapa kali panggilan dan pelawaan dibuat, sang mudir akhirnya mempelawa kedua orang tua pelajar itu agar datang menziarahi beliau. Maka dipersetujui dan mereka pun akhirnya masuk ke bilik sang mudir.

"Tuan dan puan...di sini kami ada seorang pelajar yang paling baik...tidak pernah meninggalkan tahajud, kerap menangis kerna terkenang akan dosa silamnya..."

"Oh...jika begitu alangkah bahagianya kedua orang tuanya"

"Pelajar itu juga telah menghafaz 20 juzuk al quran dalam masa dua bulan sahaj mengalahkan pelajar lain yang lebih senior..."

"Ya...ibu bapanya memang amat beruntung," getus sang bapa...

"Tahukah tuan siapakah nama pelajar hebat itu?"

" Boleh juga..." Kata sang bapa yang kelihatan mula berminat..

"Beliau ialah fulan bin fulan,,,!"

Sebaik terdengar nama yang amat sinonim itu, maka bergetarlah dan berlinanganlah air mata kedua orang tua itu. Manakan tidak. Mereka amat mengenali nama itu. Bahkan mereka sebenarnya amat membenci nama itu, dek kerana perangai burukny? Pelajar hebat itu rupa-rupanya adalah anak mereka.

Maka tanpa boleh ditahan lagi, mereka berlari mencari anak mereka dan berlakulah adengan tangis-tangisan penyesalan dan kegembiraan...

Betap jika Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang, maka ianya mudah bagiNya. Lihatlah bagaimana Umar sebelum memeluk Islam yang begitu bencikan Muhammad SAW, namun akhirnya Allah mengkehendaki sebaliknya dan jadilah beliau seorang yang sangat menyintai Muhammad SAW!!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol