Semangat korban yang hilang :part II

Kita sememangnya dapat menyediakan haiwan ternak untuk dijadikan sebagai korban. Mungkin ada juga dikalangan kita yang sanggup menyimpan sedikit dari wangnperbelanjaan bulanan guna untuk membeli sebahagian dari korban yang mungkin bernilai RM700 untuk satu-satu bahagian. Bagi si kaya  dan orang ternama, setakat berbelas ekor lembu untuk acara korban bukanlah sesuatu yang membebankan.

Namun disebalik kegirangan dan keghairahan kita menyembelih binatang ternakan ini dan mengagihkannya, adakah kita mampu menghayati falsafah sebenar sebuah pengorbanan?

Sebagai contoh, apabila organisasi yang menjadi tempat kita mencari makan memerlukan kita untuk mengisi sebuah acara peringkat negeri atau setidak-tidaknya daerah dihujung minggu pada waktu malam, bukan untuk menyanyi, tetapi cukup untuk hadir selaku peserta semata-mata yang tidak memerlukan seseorang untuk mengeluarkan wang sakunya walau RM0.01 pun, namun dek kerana hilangnya semangat pengorbanan dan berkobarnya semangat untuk menghalang majikan dari meneruskan kezaliman dan keganasan, ia hanya duduk sahaja di rumah sambil menonton televisyen dan makan kacang kuda bersama teh panas...

Juga dimana sebenarnya falsafah korban yang kita budayakan hasil dari sama melapah daging korban jika kita sanggup membiarkan rakan kita bekerja keras untuk menjayakan sesebuah aktiviti besar organisasi yang telah dirancang lebih awal sedangkan kita hanya jadi seqadar perencah rasa dan tukang buat kecoh sahaja...?

Bagaimana nabi Allah Ibrahim sanggup mengorbankan kasih sayangnya demi menyahut perintah Allah dengan meninggalkan anaknya Ismail yang tatkala itu masih bayi bersama ibunya siti hajar di tengah tandus kota makkah yang masih belum berpenghuni itu? Sanggup pulakah kita mengorbankan kasih sayang kita terhadap keluarga apabila diarah berpindah ke cawangan baru yang masih kosong tanpa sebarang kelengkapan infrastruktur?

Apakah kita berbangga dan mendabik dada dengan jumlah korban yang tumbang di karyah kita dengan gotong royong bersama namun dari segi pengagihan yang lebih adil kita gagal untuk melakukannya?

Bukankah Allah jelas menyatakan dalam al quran


Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al haj :37)

Ini jelas menunjukkan bahawa Allah hanya memandangkan keikhlasan dan ketaqwaan kita bersandarkan kepada penghayatan terhadap amalan korban tersebut serta falsafah yang boleh dijadikan sebagai panduan menuju keredhaan Allah..

Oleh yang demikian,marilah kita menghayati falsafah korban yang sebenar yang cuba untuk diterapkan  daripada aktiviti korban yang dijalankan sejak hari nahar hinggalah ke penghujung tasyriq ini dalam kita iringi dengan laungan takbir memuji keagungan Allah...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol