Pelaksanaan Hudud di Brunei : apa reaksi kita?

Di mana-mana sahaja pada hari ini, golongan yang condong hatinya kepada Islam rata-rata turut merasa gembira dengan pengumuman penting yang dibuat oleh baginda Sultan Brunei mengenai pelaksanaan hudud di negara tersebut.

Di FB juga berita tersebut begitu hangat diperkatakan dan video serta maklumat berita dari brunei begitu banyak di share pada laman tersebut. Masing- masing kelihatan ghairah dengan kejayaan dan keputusan salah seorang raja di alam melayu ini.

Walau bagaimanapun ianya tetap mendapat reaksi yang berbeza-beza. Salah seorang pendidik di menara gading menyatakan bahawa ada kemungkinan ianya tidak dilaksanakan. Hanya seqadar perkataan dan pengumuman sahaja. Bagi pihak yang condong kepada pelaksanaan islam yang syumul, mereka memuji-muji langkah sultan tersebut manakala bagi pihak yang kurang mesra syariah, mereka cuba membangkitkan isu hudud yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan sekitar tahun 1990an yang mana ianya gagal dilaksanakan di negeri tersebut bahkan mereka menuduh dengan bangganya bahawa kerajaan negeri tersebut sebenarnya hanya pandai memutar belitkan agama. 

Mengenai isu ini, kata mereka yang kurang mesra syariah, bahawa kerajaan kelantan sebenarnya boleh melaksnakan hudud kerana ianya dibawah kuasa kerajaan negeri dimana sultan mempunyai autoriti untuk melaksanakan hal ehwal berkaitan agama tanpa perlu merjuk kepada kerajaan persekutuan lagi.

Oleh yang demikian tidak timbul isu dimana kerajaan persekutuan akan membatalkan perundangan hudud di kelantan sekiranya dilaksanakan. Maka golongan ini dengan yaqin sekali menyatakan bahawa  parti islam selama ini dan selamanya hanya mahu menjadikan islam seqadar nodal politik semata-mata dan sekiranya mereka ditaqdirkan memerintah negara, perundangan hudud hanya akan sirna begitu sahaja dan mungkin mereka akan menjadi lebih terus daripada pemerintah sedia ada kerana disilaukan  oleh kuasa dan harta yang melimpah...

Maka oleh golongan yang mesra syariah, mereka berhujjah bahawa Allah telah menurunkan hukum di dalam alquran yang jelas mengenai jenayah-jenayah berat seperti zina, mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya.

Maka sebagai contoh, kita ambil hukum membunuh sebagaimana yang kerap berlaku dan terkini ialah kes pembunuhan pegawai bank dengan begitu zalim serta perompakan duit di bank. Cuba bayangkan bahawa sekiranya negara yang aman makmur ini mempraktikkan hudud, tazir dan qisas... Menurut al quran jelas akan hukuman terhadap pembunuh serta perompak ialah sebagaimana berikut :

Bentuk hukuman ini telah dimuktamadkan oleh Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 33 - 34 :

 

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 

"Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar."

 

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 

"Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Maka apabila ia berjaya dibuktikan di mahkamah, maka tiada jalan lain melainkan apa yang disebutkan serta dinaskan dalam al quran. 


Ianya amat berbeza dengan hukuman konvensional dimana jika didapati bersalah akan dihukum mati tetapi tidak dilaksanakan di khalayak.


Mungkin telah tiba masanya negara yang aman ini cuba memikirkan kaedah terbaik untuk mekanisme hudud ini menjadi satu agenda bagi pengendalian kejadian jenayah berat yang semakin menjadi-jadi ini. 


Entah mengapa ianya kurang menjadi agenda utama? Dengan hanya beralasan negara ini mempunyai masyarakat majmuk, ianya bukanlah sesuatu yang logik kerna Nabi SAW tatakala masuk ke bumi Yathrib terus mengisytiharkan penjenamaan segala negeri itu kepada Madinah dan seterusnya memperkenalkan perlembagaan Madinah dan membina masjid dan seterusnya menerapkan hukum-hukum Tuhan walhal golongan muslim tatkala itu hanyalah minoriti....


Mungkin juga segala jenayah berat yang semakin menjadi-jadi kini adalah satu peringatan dariNya...bila lagi hendak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya kerana keadaan sudah semakin kritikal. Para ulama perlu segera memikirkan serta bergerak ke arah itu tanpa perlu terikat dengan gelung besi politik murahan lagi. Ayuh....selamatkan ummah...berilah resolusi segera kepada Majlis Raja-Raja....Bukan hanya menjadi angguk-angguk, geleng-geleng, demi menyelamatkan rumah besar, kereta besar, dan jubah serta serban besar semata-mata...serta menjadi tukang baca doa dimajlis rasmi yang turut menghidangkan acara pentas yang bebas pergaulannya...


Wallahu a'lam





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol