Duit terkumpul jutaan RM ... agihannya bagaimana pula?
Maka terdengarlah akan riwayat yang dikhabarkan dari punca yang sahih akan kutipan zakat dari sebuah negeri semenanjung emas yang mencapai jumlah belasan juta RM. Memang amat cekap dan hebat para pegawai zakat di negeri tersebut yang telah berjaya merealisasikan pelbagai acara dakwah, forum, khutbah, dan sebagainya bagi menyedarkan akan anak negeri yang bersyahadah akan kewajiban menunaikan zakat harta guna untuk diagihkan kepada sang asnaf yang tujuh untuk kemakmuran dan penjanaan ekonomi ummah..
Namun jiwa sosialis yang merangkul erat minda, bukan kerna hasad dengan kekayaan insan, bukan kerna sakit hati dengan kejayaan pejabat serta pegawai pemungut zakat, kerap meronta dan ingin bertanya, bagaimana pula dengan agihannya?
Mungkin kalimah sosialis itu nantinya menjadi senjata makan tuan. Alam melayu yang penuh sopan dan santun (warisan moyang) ini sememangnya agak phobia dengan kalimah ini dan mudah pula beranggapan bahawa sosialis itu adalah komunis dan komunis itu adalah sosialis. Mereka mungkin juga terlupa bahawa di kalangan sahabat Nabi SAW, terdapat seorang sosialis agung yang begitu berani mengkritik khalifah tatkala itu, iaitu Abu Dzar Al Ghifari, yang sanggup hidup dalam kemiskinan, tetapi tidak sanggup melihat limpahan kekayaan negara Islam hanya beredar di kalangan golongan kaya semata-mata. Beliau akhirnya diasingkan di wilayah tanpa manusia sehingga ajal menjemputnya, bertepatan dengan sabdaan kekasihnya, Muhammad RAsulullah SAW...
Ya...berbalik kepada agihan...apakah agihan wang zakat itu dibuat dengan sebenarnya atau hanya seenaknya sahaja? Kita biasa menemui papan-papan iklan mengenai kewajiban berzakat, namun jarang sekali kita dipertemukan dengan papan atau sehelai kain banner berharga RM25.00 untuk memaparkan mengenai agihan sebenar?
Adakah agihan itu hanya berkisar dan selesai dengan pengagihan basikal kepada anak-anak untuk ke sekolah sahaja? Atau agihan itu selesai dengan hanya agihan untuk membina rumah murah semata-mata?
Pernahkah agihan itu dibuat dengan lebih baik, sehingga mampu membayarkan hutang manusia yang semakin sesak dadanya dek dihimpit hutang yang menggunung? Adakah pemegang kunci baitulmal lebih rela melihat gharimiin ini membuat pinjaman untuk membayar pinjaman dengan bank penzalim yang memakai kopiah putih atau apa sahaja warnya, dan terpaksa meneruskan siri hutang untuk sepanjang hidupnya? Tidak pernahkah tok peti (mufti : pen) terfikir bagaimana baiknya kalau wang zakat yang sering 'terlebih' setiap tahun hingga terpaksa dimasukkan ke dalam akaun baitulmal itu digunakan untuk membantu sang gharimin yang semakin hari semakin sempit kehidupannya..
Secara mudah, untuk kiraan dan membantu pejabat zakat negeri..
Gaji - RM4,003.92
Hutang
Bayaran Pinjaman Peribadi - RM 813.61
Bayaran kereta - RM 710.00
Pemberian ibu bapa - RM 400.00
Bil Komunikasi - RM 252.00
Bil Api/Air - RM 50.00
Susu /lampin tukar - RM 450.00
Makan/minum - RM 1,500.00
Petrol - RM 450.00
JUMLAH - RM4,625.00
Ini bermakna individu di atas yang mempunyai seorang isteri, tiga orang anak, seorang ibu untuk ditanggung bersama seorang adik OKU adalah mengalami defisit kewangan bulanan. Bukankah baik jika hutang yang berupa bayaran kereta dan pinjaman peribadi itu boleh dilupuskan oleh pejabat zakat ataupun diuruskan semula dengan si gharimin tadi membayar semula pinjaman dari pejabat zakat dengan amaun yang lebih rendah dan masa yang lebih panjang?
Eh...kami bukan bank..kami pejabat zakat..kami pejabat baitulmal.. - mungkin itu alasan dangkal yang cuba diberikan...
Bukankah pada zaman kegemilangan Islam Baitul mal dan wang zakat yang menjadi nadi penggerak ekonomi ummah ? Sepatutnya baitulmal kini yang kununnya menyimpan baki pungutan zakat yang tidak habis diagihkan (kerana tiada yang layakkah?) lebih proaktif kalaupun tidak boleh berfungsi sebagai bank, cuba juga mewujudkan bank yang benar-benar mengamalkan muamalah Islam yang syumul, bukan bank yang hanya tahu pakai kopiah putuh sahaja...
BAitul mal dan pejabat zakat perlu lebih aktif mencari penerima zakat yang amat memerlukan, bukan seqadar sibuk mencari pembayar zakat hingga sanggup masuk ke segenap ceruk pejabat kerajaan dan swasta untuk mencari pembayar, tetapi kemudian hanya duduk di kerusi pejabat menunggu penerima yang datang bagai pengemis untuk mendapatkan RM100 - 200.00 bagi menampung kehidupan harian mereka...
Maka apabila kemakmuran ekonomi mula dijana dari pejabat-pejabat zakat negeri, akan muncul rahmat dan keberkatan dari langit dan bumi maka Insya Allah bumi yang sudah didakwa semakin hilang keberkatan dan keampunan Tuhan ini pasti mampu menguasai pentas menjuarai golongan asnaf membina kelangsungan hidup mereka serta menambat para malaikat turun memenuhi bumi dengan kemakmuran serta rahmat dari Yang Maka Esa...
Wallahu a'lam

Ulasan