Memerangi Syiah...meliarkan nasionalis...

Gerakan memerangi syiah semakin hari semakin diperhebatkan di bumi semenanjung emas ini. Ada sahaja aktiviti yang dilaksanakan sama ada di peringkat kerajaan, jamaah bahkan orang perseorangan. Begitu ramai yang mengaku sebagai penganut ahli sunnah yang asli dan terpelihara menceburkan diri ke dalam dunia jihad melawan kaum syiah yang sesat ini.

Dan diriwayatkan juga ada ulama di kalangan sunni di bumi bertuah ini sanggup bermatian menterjemahkan kitab-kitab syiah ke dalam bahasa melayu, bukan sebagai satu bentuk percambahan ilmu, tetapi untuk menghentam dan membuka kedok kebusukan musuh tradisi no wahid, iaitu syiah dan angkatannya...

Petang seusai solat asr berjamaah di jame menara nan sebatang, sekonyong-konyong muncul seorang ulama menghampiri kami,

"Semalam masjid ni ada buat bacaan doa awal tahun dan akhir tak?"

"Ada.."

"Kita kena faham bahawa Nabi SAW tidak pernah melaksanakan acara tersebut. Ianya satu bidaah...!"

Terang tanpa bersuluh ulama tadi menghentam acara tahunan yang telah mendarah daging dalam masyarakat melayu alam nusantara ini. 

"Dan sekarang ada di kalangan orang kita ini yang menjadikan solat hadiah sebagai satu amalan dan dibuat dengan berjamaah tanpa sebarang usul periksa berkaitan dalil...!"

Mmm....rupanya ini adalah perkara utama yang ingin disampaikan...

"Mana ada amalan seumpama ini. Yang ada dan diajarkan oleh Junjungan ialah solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib sahaja. Kalaupun dia ada terbaca di mana-mana kitab pun, hanya boleh dibuat secara sendiri sahaja. Tiada boleh dibuat secara berjamaah..."

"kita jangan asyik sibuk memerangi syiah sahaja. Urusan syiah dah selesai lama dah....sekarang ni banyak lagi amalan yang dibuat tanpa ada sandaran yang sahih. Kita khuatir nanti amalan tidak diterima Allah..."

Dan kemudian ulama berkenaan mohon undur diri. Kami bergerak menuju ke pintu masjid dengan niat menamatkan iktikaf selepas asr. 

" Kalau kau bertemu dengan syekh, dia pasti akan bercerita mengenai kebejatan syiah sahaja. "

Betul...kerana gurunya juga sedang hangat dan giat menyusun peluru untuk dihalakan kepada syiah di semenanjung emas. Katanya, di ibu kota semenanjung, bilangan mereka semakin ramai. Kununnya gerakan syiah sedang menyusun strategi menghantar ribuan gadis manis negara timur tengah menuju ke negara semenanjung emas dengan tawaran manis, mut'ah.

"Dalam kitab mereka dinyatakan bahawa mut'ah yang dilaksanakan sekali akan mendapat taraf seperti Hassan ra, kali kedua akan menyamai taraf Hussin ra, kali ketiga akan dapat menyamai kedudukan Ali ra, ....."

Benarlah syiah membawa beberapa kesesatan yang nyata berlawanan dengan fahaman sunni. Mereka terpecah kepada tiga kumpulan besar iaitu immamiyah, ismailiyyah dan zaidiyah. Ulama usul seperti Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni menyatakan bahawa zaidiyah adalah mendekati golongan sunni bahkan ada di kalangan mereka yang mengikuti mazhab syafie dan juga hanafi. Namun bagi ektremis sunni, segala syiah akan terus disesatkan tanpa sebarang alasan...

Mungkin kadang-kadang ulama yang kuat memerangi syiah ini terlupa akan kemunculan fahaman nasionalis, kapitalis, hendonisme dan juga lain-lain nisme lagi di kalangan penganut sunni di semenanjung emas yang nyata kesesatan mereka..

Golongan sunni penganut nasionalisme ini contohnya, yang sanggup tidak menerima realiti hukum hudud dalam kehidupan ummah, tidak pernah pula ada ulama yang berani menulis akan kesesatan dan kerosakan fahaman ini...

Golongan kapitalis pula yang sanggup mengaut keuntungan semahunya tanpa perlu melihat kepada tanggungjawab sosial, membiarkan masyarakat marhain terus terjepit dengan kemiskinan tegar dan kegagalan untuk bangkit, mereka ini terlalu banyak di kalangan masyarakat bahkan fahaman kotor ini telah mula masuk ke dalam golongan agama yang menguasai institusi kerajaan hingga mengabaikan pembahagian wang zakat,tetapi begitu sibuk berdakwah dan menyerang para golongan kaya yang tidak mengeluarkan zakat.

Sering tertanya-tanya bilakah golongan ulama yang begitu hangat memerangi ajaran-ajaran sesat ini mahu membuat kajian mendalam terhadap kesesatan golongan nasionalis, kapitalis dan sebagainya yang masih memihak kepada keagungan taghut..?

Bila pula golongan ulama ini mahu memerangi golongan freemason dan illuminati dengan peperangan yang berkobar? Adakah ulama-ulama ini hanya akan bersuara selepas pihak pemerintah setuju atau terdorong untuk memerangi sesuatu pihak sahaja? Mengapa harus mensasarkan sesuatu pihak sahaja? Adakah kerana kejayaan puak syiah di beberapa negara belahan timur tengah, seperti kejayaan revolusi syiah di Republik Syiah Iran menyakitkan hati sesetengah pihak yang sememangnya sangat berdendam dengan ajaran Islam lantas menyebar luaskan lagi jurang perbezaan diantara kedua-dua pihak?

Atau adakah ulama-ulama yang sangat memerangi syiah ini adalah rakan kongsi kepada gerakan iluminati hingga sanggup mendiamkan diri terhadap kegilaan gerakan illuminati tetap bersikap garang terhadap gerakan syiah?



Ini bukan bermakna penulis mendokong gerakan syiah yang sesat. Penulis berpegang kepada pandangan yang menyatakan sekiranya syiah ini mengkafirkan sahabat maka ia perlu ditolak sejauhnya. Tetapi apabila kita memerangi sesuatu kebatilan, hendaklah diperangi kesemuanya. Bukan membuat pilihan tertentu sahaja. Ternayata sebenarnya gerakan illuminati a.k.a freemason adalah dalang besar yang merosakkan tali aqidah yang kukuh dan padu ini. Selagi dalang ini tidak diperangi, maka selagi itulah akan terus muncul gerakan sesat, kebatilan demi kebatilan, kerna apabila satu kebatilan hilang dan mati, muncul pula kebatilan kedua dan ketiga dan seterusnya dek kerana kelalaian ulama kita bertindak terhadap ibu kejahatan ini..

Janganlah pula nanti ulama kita dituduh menjadi alat propaganda golongan nasionalis untuk memerangi golongan yang tidak sehaluan dengan mereka semata-mata...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol