Adakah benar kita bertugas kerana Allah?
Hampir setiap ketika apabila berada di pejabat yang dikepalai oleh pengurusn yang memahami al quran dan sunnah, sudah barangpasti kita sering diperingatkan dengan kepentingan mengutamakan nilai-nilai Islam dalam pelaksanaan kerja seharian.
Para ulama jelas menyatakan bahawa kerja itu dianggap sebagai ibadah, asalkan menepati beberapa syarat yang telah ditetapan. Antaranya ialah niat untuk mencari redha Allah, untuk menyara keluarga, tidak meninggalkan ibadah yang khusus, tidak bekerja di mana-mana sektor yang melanggar hukum (seperti sektor pelacuran dsbnya).
Dalam bidang pekerjaan ini, ada kalanya kita selaku makhluk yang lemah sering menghadapi turun naik semangat untuk bekerja. Maka ini memerlukan sebuah motivasi yang berterusan untuk meneruskan pekerjaan kita. Ada kalanya, kita merasa begitu malas untuk melaksanakan sebarang kerja. Duduk di meja kerja tidak berbuat apa-apa, kecuali melayari internet (bagi pejabat yang mempunyai kemudahan tersebut). Bagi pejabat yang tiada kemudahan itu, ada diantara mereka yang diserang virus malas itu hanya seharian bermain game yang telah siap sedia diprogramkan di dalam PC.
Kadangkala dalam sesebuah pejabat itu tidak wujud akan apa yang dinamakan keharmonian atau kerjasama atau bekerja dalam satu pasukan. Akan muncul individu-individu yang kunun bertaraf 'star' atau hero untuk menjadi seorang yang boleh juga danggap otai atau orang lama. Selalunya mereka yang terlalu lama duduk dalam satu-satu jabatan atau terlalu lama terbiar dalam satu-satu jabatan tanpa sebarang peningkatan dari segi kerja, atau dari segi pangkat atau apa sahaja akan cuba untuk menjadi dominan dalam sesuatu pejabat. Mereka ini kadangkala meresahkan pegawai yang menyelia mereka dek kerana keliaran yang tidak terkawal lagi. Apabila ditegur dek kerana kerap atau setiap hari masuk ke pejabat jauh lebih lewat dari orang lain, maka serta merta melenting dan bising sepanjang hari...konon kebajikan tidak terjaga,konon ada urusan yang penting, walhal rakan sejawat yang lain juga ada hal masing-masing tetapi mengapa mereka boleh menyelesaikan tugas atau hal tersebut lebih awal dan setia masuk ke pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Apalah salahnya jika urusan pentingnitu diselesaikan lebih awal dari biasa dan cuba datang mengikut waktu yang telah ditetapkan. Mungkin ramai diantara kita ini yang menyangka bahawa apabila telah punch in, sebelum waktu mula, maka dianggap telah datang pada waktunya, meskipun selepas kita punch in sekitar jam 7.30 pagi dan kemudian kita melangsaikan urusan pagi dan masuk ke pejabat sekitar jam 9.00 pagi, maka itu adalah sesuatu yang tidak menyalahi sebarang peraturan?
Mungkin kita sering terlupa, meskipun kita punch in lebih awal, tetapi kita masih belum punch in dengan Pemilik Kerajaan. Urusan itu akan diselesaikan oleh malaikat yang bertugas mencatat segala perkataan dan perilaku kita tanpa sedikit pun yang tertinggal...maka nanti bagaimana kita hendak menjawab dihadapanNya tatkala dipersoalkan kelak? Mungkin di pejabat kita boleh mewujudkan jutaan alasan yang mampu mematahkan hujjah siapa sahaja daripada pegawai penyelia, pegawai rendah, bahkan pengurusan tertinggi sekalipun terpesona dengan hujjah yang kita sampaikan, maka ianya menyeronokkan hati kita...ahhh selamat aku....esok ulang lagi, lusa ulang lagi, tulat pun sama bahkan hampir sepanjang usia kita di pejabat kita masuk lewat, akhirnya selepas mati dan menghadap Allah dalam keadaan tidak bertaubat, bagaimana kita hendak menjawab dihadapanNya kelak?
Ada juga dikalangan kita ini yang memang tidak boleh menerima sebarang tugasan yang lain dari apa yang tercatat di atas senarai tugas. Maka apabila dipinta sedikit bantuan untuk menyelesaikan sedikit tugasan yang sebenarnya berada dalam ruang lingkup kuasanya juga, maka segera ia menolak dan melenting.
Juga terdapat segelintir dari kita yang sibuk dengan kerja-kerja sahabat kita yang lain, tetapi dalam masa yang sama kita membiarkan sahaja tanpa ada rasa untuk membantu rakan kita yang mungkin dalam kesibukan yang amat teruk, bahkan kita cuba pula mencungkil kesilapan dan keburukan sahabat kita itu sebagai alasan untuk kita melaikan diri dari membantunya?
Ya....sememangnya perkara-perkara seumpama ini watak biasa yang dilakonkan di dalam sebuah pejabat. Kita sebenarnya sering terlupa bahawa kita ini hamba Allah dan bekerja kerana Allah, bukan kerana penilai pertama, bukan kerana pengurusan tertinggi, bukan kerana hendak naik pangkat, bukan kerana hendak dapat anugerah cemerlang, bukan kerna hendak mendapat pujian melangit dan sebagainya. Apabila kita bangun pada waktu pagi selepas solat subuh dan melangkah keluar, apakah niat sebenar kita menuju ke pejabat? Adakah kerana ingin mengisi masa lapang sahaja? Ataukah kerana ingin bertemu dengan rakan-rakan sejawat sahaja? Ataukah hanya seqadar untuk bekerja sambil-sambilan sahaja manakala yang utama hanya mengetik pintu muka buku dan juga alat komunikasi canggih kita sahaja?
Kesilapan besar kita apabila hadir ke pejabat, ialah kita gagal menancapkan niat yang baik pabila melangkah keluar dari rumah. Itulah sebabnya apabila mendapat arahan, bukan main panas hati, aku sibuk ni tak nampak ke? Asyik menambah kerja orang jek....
Ini adalah disebabkan oleh kita hadir ke pejabat bukan untuk nak bekerja sangat.tetapi kita hadir kerana terpaksa, dan kita menjadikan tugas kita sebagai sambil-sambilan. Maka kita lebih asyik masyuk melayari laman web, bermain game, rakan setia muka buku dan lain-lain lagi daripada melaksanakan tugas. Akibatnya, tugasan yang sepatutnya siap dalam masa satu jam, menjadi beberapa hari...tugasan yang datang tiba-tiba menjadi bahan templakan dan untuk membantu tugas rakan-rakan adalah jauh sekali.
Maka itukah kita yang mengaku bekerja sebagai satu pasukan? Yang mengaku dan menangis tersesak-esak apabila menganggotai kem team building akan perlunya bersatu dalam bekerja? Walhal ditempat kerja kita ini menjadi pemangkin atau penggerak kepada perpecahan atau kewujudan kem tertentu di kalangan staf sedia ada?
Kita sebenarnya perlu kepada muhasabah terhadap diri kita di pejabat. Kita kata kita sibuk dengan tugasan, tetapi sedarkah kita betulkah kita telah menggunakan masa di pejabat dengan sebaik-baiknya untuk melangsaikan tugasan yang diberikan? Cuba kita buat semakan. Cuba kita catat setiap kerja kita dan dengan itu diakhir nanti kita dapat tahu berapa lama masa yang kita gunakan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Jujurlah kepad diri sendiri. Contohnya, jam 8.00 hingga 8.30 pagi apa yang kita buat? Kalau kita memeriksa e mail dalam inboxs dan membalasnya maka catatkanlah bersama masa yang digunakan serta berapa banyak e mail yang terlibat. Kalau kita update status di muka buku selepas pijar mata menatap status rakan-rakan kita yang seramai 500 orang itu, maka catatkan tanpa segan akan aktiviti kita itu. Maka nanti selepas jam 5 petang sebelum pulang, atau kalau mahu dibaw balil ke rumah catatan tadi sebelum tidur, cuba lihat semual satu persatu setiap jam dan minit yang dicatatkan. Apa aktiviti kita? Jika semuanya adalah berkaitan dengan kerja, maka syukurlah....tetapi jika kebanyakan masa kita hanya habiskan dengan sembang, makan, gosip, muka buku dan sebagainya, maka bertaubat dan berubahlah....
Ulasan