Benarkah kita mahu kepada Islam?
Mungkin kebanyakan manusia muslim dewasa ini mula bercita-cita untuk mendaulatkan Islam di muka bumi negara Malaysia yang tercinta ini. Namun di sebalik cita-cita murni itu masih wujud gulungan munafiq yang senantiasa merasa kurang senang dengan perisian keagamaan yang cuba disuntik di tengah-tengah masyarakat yang semakin kehilangan arah.
Gulungan Islamis ini senantiasa mencari-cari ruang dan peluang yang ada untuk mempromosikan islam di tengah masyarakat. Mereka cuba menyelit dan menyelinap dalam setiap acara dan program agar idea-idea islam ini dapat ditawarkan di tengah-tengah kekaguman masyarakat terhadap nilai-nilai budaya hendonisme yang semakin megah berdiri dengan kelolaan dan bantuan munafiq serta pasukan rahsia dajjal..
Sememangnya penentangan dari gulungan kuffar tidak boleh dinafikan lagi. Mereka senantiasa mencari-cari pula luang kealpaan untuk menikam Islam serta menguburkannya .. Mereka sebenarnya tidak pernah lupa dan leka untuk membunuh islam sejak dari zaman awal diperkenalkan lagi..
Tetapi yang paling bedebah dan terlaknat ialah gulungan munafiq yang berpura-pura kelihatan mahu kepada Islam, tetapi sebenarnya mereka hanya memperalatkan Islam itu sendiri untuk memenuhi cita-cita jahat mereka..
Paling mudah dalam sebuah organisasi, apabila seseorang itu dicuba dengan jawatan yang tinggi, dan diberi pula tugasan untuk mengadakan sebuah majlis perasmian berprestij bertaraf kebangsaan sahaja. Sudah barang pasti perkara yang tidak akan ditinggalkan bahkan diberi keutamaan ialah sajian nyanyian dan tarian. Kunun dengan menggunakan alasan untuk menyegarkan budaya bangsa .. maka diusulkan dengan penuh ghairah untuk diadakan acara tersebut dengan penyertaan artis budaya jelita dan muda...
Namun sang pembaca doa upahan tetap dipanggil pula. Agar nanti kelihatan akan saduran Islam yang cuba dijuarakannya mengikut acuan dan adunannya nan tersendiri. Alangkah jeliknya sang pembaca doa upahan sejanggut ini membaca doa mendayu di celahan tarian sang dara yang gemalai di atas pentas yang sama?
Sungguh jelik juga pabila sang juara agama hanya tahu menghantar pembaca doa upahan ke majlis resmi, gusar dengan sang penguasa, tanpa perlu memikirkan mengenai amalan amar maaruf nahi mungkar lagi...
"Biarkan sahaja mereka ingin menari dan bernyanyi ... asalkan kami disini tenang membaca kitabullah dan menelusuri sirah serta memperdebatkan kesahihan hadis..."
Inikah mungkin wajah ulama su' ramalan Junjungan yang akan berkeliaran di bawah kaki langit buat menagih sesuap nasi di celahan daki penguasa tanpa fikrah Islami?
Makanya apabila dikatakan mahu kepada Islam, sang penguasa akan dimusuhi?
Apabila mahu kepada Islam, sang penguasa akan gusar?
Pabila mahu kepada Islam, sang penguasa selalu bersikap enggan?
Pernahkah sang dai ini menemui pimpinan? Jika dilihat dalam konteks kenegaraan yang besar, pernahkah para ulama ini bersemuka dan berbincang dengan pimpinan negara untuk mencari titik persamaan yang menguntungkan Islam?
Adakah ulama yang berada dalam parti belum memerintah ini pernah bersemuka dan berbincang dengan pimpinan negara?
Pernahkah para ustaz dan ulama di peringkat daerah duduk bersama dalam majlis mesyuarat peringkat negeri untuk membincangkan hal agama ?
Pernahkah tok imam, tok lebai dan bilal masjid dan surau di dalam mukim duduk bersama dalam JPMM misalnya untuk memberikan pandangan yang menguntungkan Islam?
Pernahkah ulama dan para cendiakawan Islam yang memegang gelaran besar di institusi pengajian tinggi duduk dalam majlis mesyuarat senat untuk memberikan pandangan yang memberikan kemenangan dan kejayaan kepada Islam?
Adakah dengan hanya bersuara lantang mengutuk pihak pemerintah di media sosial dan di ceramah dan kuliah mampu menundukkan hati sang penguasa untuk kembali jinak kepada syariah?
Jika kesemua persoalan di atas masih belum terjawab dengan mudah atau dijawab dengan penuh ragu, atau lebih mudah tidak pernah dilakukan kecuali soalan terakhir, maka bertanyalah apakah kita ini benar-benar mahu kepada Islam atau kita hanya ikut-ikutan sahaja?
Ataukah kita hanya terpedaya dengan slogan? Ataukah kita hanya berilusi dengan semangat suntikan Islam?
Pernahkah kita memahami gerak kerja sebenar dakwah Islam?
Bertanyalah lagi...

Ulasan