Syarat utama masuk Islam di Malaysia : Kasi potong!!


Islam di negara semenanjung emas ini telah bertapak agak lama. Bahkan ada pandangan yang menyatakan ianya lebih awal daripada kewujudan kerajaan maritim Islam di Melaka lagi.

Islam kini kelihatannya semakin perlahan untuk berkembang di negara ini. Berdasarkan statistik permohonan murtad yang dikeluarkan, secara rasminya dan dikatakan masih ramai lagi yang tidak direkodkan secara rasmi, kita sebenarnya ternanti-nanti akan statistik permohonan menukar agama kepada Islam di kalangan rakyat Malaysia yang masih belum Islam.

Tatkala diperdengarkan dengan sebuah rancangan temubual dengan saudara baru di siaran radio IKIM setiap khamis jam 5.30 petang hingga 6.00 petang, kebanyakan saudara baru ini mengemukakan komen bahawa muslim di negara ini (melayu) kurang untuk memperkenalkan mengenai Islam kepada rakan mereka yang non Muslim, atas alasan takut, hendak menjaga hati dan sebagainya. 

Oleh sebab yang demikian, gerakan dakwah kepada non muslim akan bergerak dengan lebih lembab dan hanya mengharapkan kepada gerakan dakwah badan bukan kerajaan dan juga badan dakwah rasmi negara semata-mata.

Meskipun seorang Melayu bersahabat baik dengan seorang non muslim dan boleh berbicara dan bergurau, namun bab agama masih lagi melayu ini merasa segan untuk dipamerkan apalagi untuk berbicara mengenainya. Bahkan kita kadangkala menjadi penyebab mereka semakin menjauhi Islam apabila kita berbicara menenai Islam, kita sibuk menakutkan mereka mengenai "potong"...

Kita tidak sibuk menceritakan mengenai tauhd yang suci sebaliknya sibuk dengan perkara remeh-temeh mengenai agama suci ini dengan mempromosikan mengenai kasi potong, kena solat lima kali, kena pakai tudung dan sebagainya.

Mengapa kita tidak mahu menuruti sunnah dakwah Rasullulah tatkala berada kota makkah selama 10 tahun yang terus-terusan menekankan konsep tauhid terlebih dahulu?



Ataukah kita kerap merasakan bahawa kita ini tidak ada ilmu lantaran itu kita hanya mengabaikan sahabat-sahabat non muslim disekeliling kita? Kalaupun kita tidak mampu ada tiada kekuatan untuk menyeru mereka kepada kalimah toyyibah, janganlah pula kita menakuti mereka untuk mendekati Islam. Kita tidak pernah mengajak mereka melawat ke rumah-rumah dengan dibimbangi akan mengotori rumah ibadah itu. Hal ini telah menimbulkan prasangka di kalangan mereka bahawa pengharaman memakan daging khinzir adalah disebabkan kita memuliakan haiwan itu sebagaimana golongan hindu yang mengharamkan memakan lembu disebabkan pengkultusan mereka terhdap haiwan itu. Ada non muslim yang berangapan di masjid dan surau ada dietakkan patung haiwan yang diharamkan kita dari memakannya!!

Sangkaan mereka ini adalah disebabkan kegagalan dan kesombongan kita untuk cuba menghindarkan mereka dari melawat kerumah-rumah Allah! Apalah salahnya jika masjid dan surau kita mengadakan hari terbuka dimana semua rakyat di negara ini boleh datang melawat rumah suci ini dengan pengawasan yang sepatutnya, bukan terus menghalang mereka.

Penulis teringat dialog diantara penulis dan rakan berbangsa cina semasa di alam persekolahan yang ingin tahu apa yang ada di dalam masjid dan surau..

"Itu dalam surau ada kipas angin ka?"

"Ada la..."

"Itu dalam tokong tak ada kipas...banyak panas dan banyak asap..."

Dan mereka merasa amat takjub bahawa dalam surau kita ada dipasang kipas angin...

Para pendakwah perlu memikirkan kaedah dakwah yang terbaik untuk menarik lebih ramai di kalangan non muslim untuk menyertai agama fitrah ini....

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol