Calon YB - Teringat pule semasa pilihanraya

Tiba-tiba teringat untuk menulis insiden semasa hari pengundian pada PRU 13. Cerita dah lama. Tapi masih belum basi...

Penulis membuang undi di kawasan yang berhampiran dengan kediaman penulis dengan membawa bonda sekali. Beliau sebenarnya begitu bersemangat untuk membuang undi. Tapi jangan ditanya dia undi siapa...bukankah undi itu rahasia?

Tatkala beratur di saluran umur pertengahan ini, muncul kelibat calon DUN dari pihak yang belum memerintah. Terdapat juga calon Parlimen juga yang belum memerintah. Yang sudah memerintah tiada pula kelihatan akan bayangnya pun...

Maka bersalam-salamanlah calon ini akan segenap pengundi yang berada di saluran tersebut. Mungkin baginya saluran ini bakal membekalkan undi yang terbanyak untuk parti dan juga dirinya. Tiadalah pula kelihatan susuk tubuh calon ini berjalan kepada saluran orang-orang lama. Boleh jadi dia telah terhidu bahaya ataupun mungkin dia telah melaluinya tanpa disedari oleh penulis. 


Kemudian, di suatu sudut, calon DUN itu telah dikerumuni oleh wartawan. Sudut yang agak jauh dari kawasan membuang undi tetapi masih dalam kawasan mengundi. Maka berkata-katalah orang yang berdiri di belakang penulis, yang dikenali sebagai orang kuat parti yang pernah memerintah,

"Kalau nak buat sidang akhbar pun..buatlah kat luar pagar..ni kawasan mengundi..."

Suara geram dan penuh dendam...biasalah berlainan parti. Malaysia mempunyai keunikan tersendiri apabila berada berlainan parti. Kalau boleh, solat berjamaah pun tak mahu bersentuhan bahu dengan parti lawan. Berbeza dengan orang-orang Eropah yang dicop penjajah, mereka boleh bekerjasama dengan baik sebaik sahaja selepas pilihanraya demi kebaikan rakyat dan negara...

Berbalik kepada calon tadi. Sebenarnya ia agak menjengkelkan juga apabila membuat sidang akhbar di dalam kawasan. Kemudian kelihatan beliau mula meninggikan suara apabila berbantahan pula dengan petugas SPR berkaitan kewujudkan pengundi yang telah selesai (dengan tanda kebiruan di jari) tetapi kelihatan berkeliaran dalam kawasan pengundian. Beliau juga kelihatan mempamerkan wajah yang kurang mesra dengan para pengundi tetapi berwajah sedikit manis pula dengan penyokong..

Perkara itu kelihatan kurang disenangi oleh mana-mana pihak. Sepatutnya calon perlu bermuka manis dengan semua, tiada menimbulkan kekerohan di pagi yang secerah pawana ini, tidak berlakon seolah panglima yang bakal memenangi perang ... rilekslah...apalagi anda adalah calon sebuah parti yang berasaskan agama ...

Maka apabila keputusan diumumkan, ternyata calon ini kalah, manakala di parlimen rakannya menang begitu juga di DUN satu lagi. Maka kedengaran akan berita yang mengatakan kemenangan pihak yang pernah memerintah dengan lebihan seribu undi adalah tipudaya ...

Tetapi ada juga cerita-cerita gelap disebaliknya. Kalaupun dikatakan bahawa ada pihak yang mengeksport peti undi, mengapa pihak calon tidak cuba menghalang peti itu dari termasuk ke dalam dewan untuk dikira? Sedangkan diwar-warkan bahawa pihak yang belum memerintah ini ada pasukan tersendiri yang boleh mengawal keadaan ini dari dieksploitasi?

Tepuk dada tanya selera ..muhasabah diri dan juga parti ...

3:54

Ali Imraan : 54

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol