Kuala Lumpur : i come
Musafir kami ke Kuala Lumpur pada bulan safar ini bermula seawal jam 6 petang sabtu. Kami mentakhirkan solat di lokasi tujuan. Kami singgah di restoran jejantas untuk menjamu selera. Putra putri seperti biasa merengek untuk mendapatkan aiskrim dan juga permainan. Mujurlah pilihannya yang berharga RM3.00 sahaja...
Kami sampai ke destinasi sekitar jam 11 malam. Abang ipar menyambut kami di pintu rumah agamnya. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada keesokkan harinya. Kami akan menghantar beliau ke lapangan terbang seawal jam 6.30 pagi...
Dan malam itu diisi dengan sedikit perbualan mengenai tanah suci dan juga menonton kisah seram di kaca televisyen.
Seawal jam 5 pagi kami telah bangun bersiap. Seusai solat subuh, kami bergerak menuju ke lapangan terbang. Di sana urusan untuk berangkat kelihatan tidak berlaku. Oh rupanya abang ipar terjebak dengan syarikat yang menipu. Betapa manusia semakin rakus dengan dunia hingga mengkomersialkan urusan umrah dan sanggup pula menipu wang jamaah!!
Penulis melayan karenah putera semasa jamaah yang tertipu membuat aduan polis di balai yang berhampiran. Putera mahu naik bas....mmm. Mengamuk sakan untuk naik bas. Mujurlah, kaunter tiket sudi memberikan tiket percuma untuk berulang balik. Dari lapangan terbang menuju ke stesen tren dan kemudian berpatah kembali.
Kami meninggalkan lapangan terbang sekitar jam 12.30 tengahari menuju ke Melaka. Di Melaka orang sebelah yang setia melaksanakan misinya sehingga menjelang Asr. Kami solat jama di masjid berhampiran yang kelihatan begitu mesra pelanggan ...
Kami kemudian mencari tempat makan. Sekitar jam 6 petang baru ditemukan dengan lokasi yang berlatar belakang ikan bakar. Pelanggan agak ramai. Menunggu hampir satu jam barulah makanan sampai...
Kami kemudian meneruskan perjalanan untuk pulang. Dek kerana masalah petrol dan terlepas stesen pam, kami terpaksa berpatah balik ke R n R yang berhampiran.
Kami tiba di rumah sekitar jam 11 malam...
Ulasan