Kisah seorang pengawal...

Lewat petang natal penulis tiba di jaya jusco skudai untuk memenuhi hajat orang sebelah yang setia. Sebaik selesai menjamak solat di surau kecil bersama imam tamam muda, kami menyelesaikan tuntutan perut di kedai makan berhampiran.

Sebelum itu, kami singgah di kedai durian murah berdekatan pasar borong pandan. Empat biji berharga RM10.00. Isi oklah buat melepas rindu kepada raja buah ini. 


Maghrib muncul sebaik sahaja penulis selesai menikmati satu set lamb chop berharga sekitar RM12.30. Isinya agak padat dan sedikit liat. Namun nyata lebih baik berbanding di sebuah kedai makan berhampiran kediaman penulis berharga RM13.00 .....



Maghrib di surau sempit dilimpahi jamaah. Seorang warga pakistan telah mengazankan dan terpaksa mengimami jamaah dek kerana penduduk tempatan kelihatan malu-malu alah untuk maju kehadapan. Bacaan dengan telo Pakistan...

Seusai solat bergerak ke tingkat atas untuk menunggu urusan selesai. Duduk di bangku kayu panjang dapat melihat pelbagai gelagat. Kawasan ini merupakan kawasan antarabangsa dikeranakan pelajar di universiti berhampiran. Apa yang menarik perhatian penulis ialah gelagat seorang pengawal berbangsa india yang begitu ramah dengan pelanggan. Dia berdiri di sebelah tangga elektronik dengan pakaian seragam berbaju putih dan berseluar hitam dengan kasut potong. Memakai baret hitam berjambul. 
Beliau ini kelihatan begitu ramah dan suka menolong. Meskipun berdiri dalam kadar masa yang agak lama, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Apabila ada pelanggan yang menyorong kereta sorong pengangkut barangan, dia pasti akan membantu menariknya. Anak-anak kecil pasti disapa dan dibantu serta digurau bersamanya.



Penulis fikir ini watak pengawal yang belum pernah ditemui sebelum ini. Selalunya pengawal di mana-mana shopping kompleks kerap berwatak keras ataupun hanya berdiri tegak dan berjalan mengawal keadaan sekeliling semata-mata.

Ini sebenarnya watak pengawal yang agak menarik. Disamping menjaga keselamatan, juga sangat mesra pelanggan.kalaulah seluroh dunia mempunyai pengawal keselamatan seumpama ini.....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol