Blogger ramai pengikut : Apa asbab utama?

Mungkin dalam beberapa waktu kebelakangan ini ramai bloggers muncul bak cendawan selepas hujan. Cumanya blog yang ditempa dari laman-laman percuma ini ada kalanya aktif untuk ditulis oleh sang penulis. Ada yang hanya hangat2 tahi ayam. Ada yang istiqamah namun tiada pengikut yang ramai. Namun ada juga yang sangat ramai pengikutnya. Mereka ada trend tersendiri.

Kenapa diwujudkan blog? Apa FB atau tweet2 tak cukup kah? Blog boleh ditulis dengan banyak perkara berbanding ruang FB atau tweet atau sebagainya yang agak terhad. Di laman blog, penulis bisa meluahkan emosinya, ataupun melepaskan kemarahannya. Bahkan ada juga yang menggunakan blog dengan tujuan politik buat meledakkan apa sahaja ketidakpuasan hatinya terhadap parti tertentu. Namun ada juga blog yang dibina atas dasar perniagaan.

Bagaimana menambah pengikut?

Ya banyak cara yang telah dibincangkan pada laman blog atau laman web lain. Namun pada pandangan penulis, ada beberapa tarikan yang menyebabkan blog yang dibina oleh individu tertentu mendapat sambutan maha hangat, antaranya:-

1. Blog yang berani membuka kisah-kisah yang tidak ditulis orang, seperti kisah konspirasi akhir zaman, contoh blog dramaraja dan sebagainya;
2. Blog yang bermotifkan politik, khususnya yang beraliran kiri. Meskipun pembaca atau pengikut tidak bersetuju 100% dengan apa yang cuba dibawa oleh sang penulis, sama ada upahan atau penulis yang mukhlis untuk membantu perjuangan parti, namun ianya tetap mendapat ranking dan pengikut yang begitu ramai dek kerana penulis yang kerap memainkan isu2 yang hangat;
3. Blog yang bermodalkan kelucahan, termasuk yang berani memaparkan gambar2 gadis atau perjaka ganteng, meskipun mereka berpakaian litup;
4. Blog yang cuba memancing berkaitan perniagaan yang cepat mendatangkan keuntungan;
5. Blog yang ditulis oleh individu yang berjawatan besar,atau dusah dikenali ramai, atau sememangnya ramai rakan taulan, seperti blog yang ditulis oleh kadi  daerah dan sebagainya;
6. Blog yang ditulis oleh individu jelita, meskipun amat jarang diupdate, atau kisah yang dipaparkan hanyalah perkara kecil sahaja, namun pengikut berjela, khususnya dari kalangan lelaki. Lebih ramai dan galak pengikutnya pabila tiap kali ada posting terkini disertakan jua dengan gambar-gambar terkini sang penulis, maka ia akan lebih cepat terlajak laris bahkan ada di kalangan blogger jelita yang laris dan diangkat pula menjadi artis dan sebagainya dan rasanya inilah asbab yang paling utama..

http://macammacamcite.blogspot.com/2012/03/senarai-blogger-wanita-tercantik-di.html



Alahai....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol