Musafir kelana : menjejak mimpi melayu
MUZIUM ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA BRUNEI
Hari ketiga, tugasan kami menjadi semakin sibuk. Hari ini kami dijangka akan menjejak dua lagi institusi pengajian iaitu Politeknik Brunei dan juga Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.
Politeknik Brunei bukanlah sebuah institusi sepertimana politeknik yang kita kenali di tanah air. Ianya hanya sebuah bangunan rekabentuk seperti apartment. Menurut sang pemandu teksi, bangunan ini asalnya digunakan untuk menempatkan pemain sukan sea semasa negara berdaulat ini menjadi tuan rumah. Kini ianya dijadikan sebuah politeknik.
Semasa kami tiba, tiada sebarang sambutan luar biasa yang dibuat. Hanya sang pengawal yang membawa kami ke perpustakaan yang hanya dihuni oleh seorang staf. Dikatakan bahawa pegawai bertugas tiada buat masa ini.
Kami membuat sedikit perbincangan berkaitan penerbitan yang telah dibuat oleh pihak organisasi. Selepas beberapa ketika, urusan selesai..
Lokasi seterusnya yang dilawati ialah Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal...
Apa yang menarik perhatian kami ialah kedua-dua institusi ini termasuk semalam berjumlah tiga, memiliki keadaan bangunan yang tidak secanggih bangunan di institusi negara kita.
Menjelang petang, kami diprtemukan dengan seorang kenalan di negara kaya dengan hasil minyak itu...Banyak juga persoalan yang dibangkitkan.
"Adakah di Brunei ini tiada manusia yang menghisap rokok?"
"Ada yang merokok tetapi jika merokok di kawasan awam dan ditangkap, boleh didenda hingga BND300.00"
Hmm....BND300 bersamaan dengan RM801.50...
Baru benar-benar berbaloi untuk menghalang manusia dari merokok rupanya. Sekadar menggambar bayi yang tidak sempurna kejadian di atas kotak rokok, menggambar pesakit paru-paru, menulis akan bahaya merokok di atas kotak rokok, menghalang iklan rokok dari muncul di peti televisyen, menfatwakan pengharaman rokok, menghalang perokok dari menjawat jawatan awam di sesetengah negeri, menaikkan cukai rokok serta harga rokok, hanya seqadar retorik yang langsung tidak mematikan nafsu perokok tegar untuk meneruskan penghisapan. Apatah lagi ada yang berani menimbulkan fahaman lain dari yang dibawa oleh mufti berkaitan rokok...
"Alah di al azhar sendiri syekhnya merokok..." kata seorang lulusan al azhar tatkala dibahasakan isu rokok dihadapannya.
"Banyak lagi perkara yang kerajaan perlu betulkan...Tu kilang arak tu...apa citer?" kata seorang perokok tegar sambil menyedut asap sedalam-dalamnya...puas sekali dapat memepertahankan pandangan dangkalnya.
"Di Brunei, tiada lagi rokok dibenarkan dijual di mana-mana premis..Kalau tertangkap amat berat hukumannya..."
MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN III
PEMANDANGAN PASAR TAMU KIANGGEH DI TEPIAN SUNGAI
"Disini juga...rakyatnya tidak dikenakan sebarang cukai..."
Ini berita yang amat mengejutkan...tunggu kejutan lain di episod seterusnya....
Ulasan