Januari 2014

Dan mentari petang 31 Disember melabuhkan tirainya dengan penulis memulakan langkah pertama untuk mendapatkan sesuatu yang sementara di dunia ini ..

Perayaan sambutan tahun baru masehi masih lagi galak diadakan di bandar kecil yang berada di celahan sungai yang kerap mengamuk pabila hujan melebat melebihi dua jam secara terus menerus ini. Mungkin para pelaksana dan juga penganjur gagal mennafsirkan sebab musabab amukan sungai dari pandangan mata batin. Hanya sibuk melihat tadahan hujan semata-mata. Kalaulah mereka ini memahami pandangan batin dan ketuhanan, nescaya mereka ini akan cuba sedaya upaya mengelakkan sebarang bentuk penganjuran bersifat lagha dan melupakan Tuhan seumpama ini!!




Dikhabarkan di ibu kota, disamping keserakahan dan keseronokan segolongan pemuja fremason dan illuminati menganjur dan melaksanakan konsert buat menyambut tahun-tahun yang mendekati ketrampilan Al Masih Dajjal, muncul segolongan yang melaksanakan apa yang dikatakan 'perhimpunan haram' buat membantah kenaikan harga barangan yang disahkan akan berlaku sepanjang tahun 2014. 


Sekitar jam 12 malam, kedengaran dentuman mercun dari arah BIG BEN di tasik tengah daerah buat menyambut kelahiran tahun baru mengikut fahaman dan acuan penjajah yang dahulunya ditentang hebat oleh segelintir nenek moyang bangsa utama di bumi semenanjung emas ini. Kalaulah Dato Bahaman, Tok Janggut atau pun Tok Ku Paloh masih bernafas, adakah mereka gembira dengan kegembiraan kita yang begitu asyik dan mahsyuk meraikan tahun baru masehi tetapi menyepikan diri, bahkan kadangkala melupakan pula tatkala tahun baru hijriah menjelma di awal maghrib?

Di beberapa negara termasuk daulah Acheh telah mengharamkan sambutan Tahun Baru Masehi dengan menangkap para penyambutnya. Begitu juga di Saudi yang terkenal dengan garis keras wahabinya ...

Di Malaysia, tiada salah untuk menyambut tahun baru masehi...tiada salah untuk menyambut tahun baru hijri..tetapi adalah satu kesalahan dan gugatan keselamatan jika menyambut perhimpunan haram menyeru turun harga ..

Hanya di negaraku ...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol