Khutbah tahun 2014

Menghirup udara Jumaat pertama di negeri Johor yang mengalami fenomena perubahan cuti mingguan. Sebenarnya bahang keheningan cuti mingguan Jumaat Sabtu ini telah mula dirasakan sejak petang Khamis lagi dek kerana perubahan waktu bekerja khususnya pada hari Khamis di mana waktu bekerja bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang sahaja...

Khutbah jumaat pada tengahari ini cuba membawa jamaah merenungi tahun baru yang baru dimasuki relungnya pada beberapa hari lepas dimana ianya membawa maksud umur setiap makhluk telah bertambah dan semakin hampir untuk pulang ke kampung halaman akhirat.

Khatib menyatakan bahawa di kampung akhirat, hanya ada tiga pilihan penempatan sahaja iaitu jannah, a'raf dan an naar...pilihan itu perlu dibuat di dunia...bukan selepas menutup mata. Ertinya kitalah yang akan mendapatkan tiket itu di kaunter dunia dengan membelinya bukan melalui wang ringgit, tetapi melalui akaun amalan dan tiket itu hanya akan kita ketahui di saat kita menghadapi sakarat kelak...

Kita juga diberi pilihan sama ada untuk menaiki pesawat husnul khatimah yang serba mewah dan selesa ataupun pesawat berapi suul khatimah yang terus menuju kepada kemurkaaan Allah...


Walau bagaimanapun, di akhir khutbah, khatib menyeru jamaah agar bersatu dan jangan berpecah belah. Tidak pula diketahui apakah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Berdasarkan latar belakang khatib, penulis cuba mengagak iaitu kesatuan atas dasar Islam. Tetapi apakah kesatuan itu boleh berlaku jika pemahaman kita terhadap acuan agama juga berbeza dan berbalah? Mampukah kita bersatu hanya atas dasar kita ini satu agama dan satu bangsa serta satu bahasa, tetapi dalam masa yang sama sebahagian dari kita masih menolak bahkan memperlekeh pelaksanaan hukum Allah?

Apakah bentuk kesatuan yang seumpama itu? Adakah kita boleh bersatu dengan golongan yang masih menjadikan fitnah sebagai permainan dan makanan ruji setiap hari?

Mampukah kita bersahabat dengan si munafik yang hanya berkata lantang memperjuang agama, namun masih asyik dengan pelbagai liburan dan pergaulan bebas?

Entahkan bila akan muncul sang khatib yang berani mengajak sang pemerintah untuk melaksanakan hukum2 Allah? Apakah hukum2 ini hanya akan dimuziumkan sahaja?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol