Pendedahan Adik Syiling mempamer kredibiliti pengurus zakat

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: “Adik kumpul duit syiling sejak tadika sebab nak bayar yuran sekolah. Duit tak laku, yang satu sen pun adik pungut masuk tabung sebab adik nak kaya, boleh belajar kat Mesir jadi doktor,” kata Nur Khatijah Abdullah.
Dia yang lebih mesra disapa Tijah, 7, berkata, tiada siapa mendidiknya mengenai amalan menabung sebaliknya kesedaran itu timbul selepas melihat kepayahan hidup nenek dan datuknya membesarkannya sejak kematian ibu akibat penyakit tibi.

“Mak meninggal dunia ketika Tijah umur dua tahun, ayah pula tak ada. Nenek kerja tukang cuci, tok wan (datuk) tak kerja sebab sakit jadi Tijah kesian, masa tadika Tijah kumpulah duit sendiri untuk masuk tahun satu.
“Tijah cakap kat nenek Tijah nak belajar sampai Mesir nanti boleh jadi doktor, boleh ubatkan sakit tok wan,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Dagang di sini semalam.

Kisah murid Sekolah al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang itu mula mendapat perhatian media apabila gambarnya membawa duit syiling berjumlah RM64 untuk membayar yuran sekolah berjumlah RM130 tersebar di Internet.

Prihatin dengan nasib dialami, guru sekolah berkenaan kemudian mengutip wang sumbangan peribadi sesama mereka bagi menampung baki jumlah yuran terbabit.
Menceritakan semula peristiwa berkenaan, nenek kanak-kanak itu, Shamsiah Yusof, 55, berkata Tijah pergi ke sekolah berkenaan membawa bersama duit syilingnya itu untuk membayar yuran sambil ditemani suaminya, Mohd Rodzi Ariffin, 61.

“Setibanya di sekolah, suami mengeluarkan syiling itu dari uncang kain yang dibawa sebelum beberapa guru membantu menyusunnya di atas meja untuk mengira jumlahnya bagi membayar yuran paling rendah berjumlah RM130.
“Suami pula tidak sangka pada masa sama seorang guru mengambil gambar tersebut dan berkongsi kisah itu melalui Whatsapp dengan rakan-rakannya yang lain sehinggalah semalam (kelmarin) baru saya diberitahu kisah Tijah sudah tersebar luas di Internet,” katanya.

Shamsiah yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang berhampiran dengan pendapatan bulanan RM900 berkata dia memang tiada niat meraih simpati.

“Selagi mampu bekerja saya akan kerja untuk menampung kehidupan kami tiga beranak dan sejak kisah Tijah tersiar, banyak sumbangan diterima daripada orang ramai dan saya berjanji akan memegang amanah itu untuk kos pendidikan Tijah sehingga dia berjaya,” katanya menahan sebak.

Secebis kisah yang kini begitu hangat diperkatakan. Kalaulah ianya tidak disebarkan oleh guru sekolah yang prihatin, penulis yakin tiada siapa pun yang mahu ambil peduli. Masyarakat Islam di negara semenanjung emas ini seharusnya tidak hidup dalam keadaan begitu. Mereka ada baitulmal untuk menyara kehidupan mereka. Mereka ada penghulu yang hidup di tengah-tengah masyarakat akar umbi untuk bertanyakan khabar anak mukimnya. Mereka ada ketua kampung yang hidup di tengah-tengah akar umbi untuk sesekali meluangkan masa melihat keadaan anak buahnya. Mereka ada JKKK yang seharusnya rajin bertanya khabar dan menjadi ejen selaku 'mata dan telinga' kerajaan untuk melihat dan mendengar kesusahan dan rintihan marhaen.

Mengapa selepas tersebar dan disiarkan di media massa barulah pihak baitulmal mahu ambil peduli? Barulah ADUN mahu ambil pusing? Kalaulah sekiranya guru-guru itu juga hanya tahu berkata, KASIHAN...nescaya tiada siapa pun yang mahu ambil tahu dan ambil peduli?
Kisah-kisah orang hampa pabila datang ke pejabat zakat masih lagi terngiang jelas di telinga. Ianya menjadi satu igauan ngeri untuk ke sana..
"awak ada rumah.."
"Ada.."
"ada kereta..?
"Ada.."
"Maknanya awak tak layak untuk memohon.." Terang dan jelas

Ada rumah tapi bukan bungalow bernilai jutaan USD Dollar.
Ada kereta tapi bukan bernilai RM500,000.00..
Ada HP tapi bukan bernilai RM3000.00
Hanya seorang insan yang mahu meneruskan pengajian ke IPTA dan bapa telah meninggal dengan ibu yang bekerja biasa bukan pegawai eksekutif dengan gaji RM30,000.00 sebulan...
Pun tidak layak ..?
Itulah gambaran sebuah baitulmal akhir zaman...
Hanya di MALAYSIA? ye ke..?
SHAH ALAM: Kisah pelajar yang membayar yuran sekolah menggunakan wang syiling yang dimuat naik ke facebook turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ekoran pendedahan itu, Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri Selangor, tampil menghulur bantuan peribadi kepada waris pelajar terbabit.

Menurut Iskandar,  pihaknya sebelum ini pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.

“Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai.

Kisah pelajar terbabit, Nurkhatijah Abdullah yang merupakan anak yatim, mendapat perhatian masyarakat apabila kisahnya membayar yuran sekolah menggunakan syiling yang dikumpulnya dimuat naik di facebook.

Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang dilaporkan membayar RM64 kepada pihak sekolah.

Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran.

Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol