Kisah cinta si pemakan epal......



Suatu hari yang agak tenang, duduklah seorang pemuda soleh di tebing sungai dajlah memerhatikan kebesaran dan keagungan alam dalam penciptaan alam semesta ini. Terpesona ia dengan keletah alam yang senantiasa tunduk dan patuh pada perintah penciptanya. 

Maka menjelang tengahari, tiba-tiba perutnya diserang rasa lapar yang bersangatan. Sedang ia sibuk antara berzikir sambil melihat keindahan ciptaan sang pencipta dengan perasaan diulit kelaparan, tiba-tiba wujud di hadapannya di dalam sungai itu sebiji buah epal yang tenggelam timbul. Maka dek kerana kelaparan yang merobek-robek ususnya, tanpa berfikir panjang terus sahaja ia mengambil 'rezeki' yang muncul secara tiba² itu dan dimakan.

Setelah hampir separuh dihabiskan,

"Eh...aku ni makan makanan ini mana asalnya? Entah-entah buah ini ada pemiliknya.."


Terpancar ilham pada pemikiran sucinya itu menyentakkan selera makannya yang sedang menggebu. Epal ditangan tidak jadi dihabiskan. Nafsunya terhadap buah itu hampir sahaja terpadam..

"Oh..aku perlu mencari dari mana datangnya buah yang enak ini. Aku perlu meminta halal darinya..."

Maka tanpa membuang banyak masa lagi, pemuda soleh ini menyusuri sungai dajlah untuk mencari punca buah epal yang lazat itu. Setelah beberapa ketika, ia iapun menemui sebuah pohon epal yang begitu subur dengan buah yang begitu segar. Terdapat beberapa biji yang masih lagi berada di dalam air menunggu masa untuk dihanyutkan. Pokok itu rupanya kepunyaan seseorang...

"Assalamualaikum...pakcik..." kata pemuda soleh dengan nada lembut dan suara tertahan-tahan menyapa seorang lelaki tua yang sedang asyik menyapu halaman rumahnya.

Selesai menjawab salam, "Ada apa nak?" 

"Saya minta maaf pakcik. Saya sedang duduk di hilir sungai ini. Tiba-tiba saya merasa terlalu lapar. Tidak semena-mena saya ternampak epal ini lantas terus mengambil dan memakannya..." kata pemuda itu sambil menunjukkan buah yang masih kemas dalam genggaman tangannya dan baru sahaja digigit dua tiga gigitan...

"Saya rasa bersalah kerana memakan epal yang bukan hak saya. Lantas saya mengambil keputusan menyusuri sungai ini untuk mencari puncanya. Alhamdulillah...akhirnya saya bertemu dengan pohon ini. Adakah ianya kepunyaan pakcik?"

"Ya Benar...ini pohon buahku dan anak memang telah menikmati buah epal itu tanpa hak..."  agak keras suaranya kali ini.

"Pakcik...saya rasa menyesal...saya mohon untuk dihalalkan buah ini...Kalaupun pakcik keberatan, saya sanggup melakukan apa sahaja. Tetapi saya tidak punya dinar mahupun dirham untuk dibayar..."

Timbul rasa kasihan melihatkan pemuda ini.

"Tentu dia ini seorang yang soleh. Mana mungkin anak muda biasa sanggup berjalan sejauh ini hanya semata-mata untuk meminta halal atas sebiji buah yang baru dua tiga gigitan...dia pasti istimewa..." getus hati tua yang mula menimbulkan riak wajah sedikit tenang dan gembira.

"Boleh sahaja aku menghalalkan apa yang berada di tanganmu tetapi dengan satu syarat.." 

"Pakcik berilah apa sahaja syarat..maka saya akur.."

"Engkau perlu bekerja denganku selama 10 tahun..."

Tanpa berfikir panjang...pemuda soleh itu menyetujui syarat yang diberikan.


Maka selepas selesai genap 10 tahun bekerja dengan pemilik sebatang pokok epal, pemuda soleh itu lantas menemuinya, dengan gembira kerana akhirnya beliau dapat jua status halal untuk sebutir epal yang ditemuinya di tepi sungai 10 tahun lampau...

"Pakcik..hari ini telah genap sepuluh tahun saya berkhidmat dengan pakcik.."

"Lalu kenapa...?" suara pakcik seolah ingin menguji lagi..

"Saya pohon agar epal yang saya makan tanpa keizinan pakcik tempoh hari dihalalkan.."

"Boleh sahaja...tetapi kamu perlu mematuhi syarat kedua dan ini yang terakhir..."

"Wah...ada lagi syarat..." hati mudanya tertanya-tanya.

Pemuda ini hanya membatukan diri untuk mendengar syarat terakhir...


"Kamu harus menikahi puteriku..."

Wah...ini satu syarat atau tawaran? Tetapi tidak pernah pula sepanjang sepuluh tahun berkhidmat terlihat akan sesiapa di sisi pakcik tersebut...

"Namun puteriku ini seorang yang buta, pekak, bisu dan juga lumpuh..."

Ouhh..patutpun tidak pernah kelihatan...

"Bagaimana ... adakah kamu bersetuju?"

"Pakcik....saya sanggup lakukan apa sahaja asalkan saya selamat dari fitnah di akhirat kelak..."

Maka tanpa banyak bicara, pakcik pemilik pohon epal segera mengambil tangan pemuda tadi dan terus melaksanakan akad nikah...

Setelah selesai ijab qabul..

"wahai menantuku..pergilah masuk ke rumah dan masuklah ke bilik puteriku...ianya sudah menjadi milikmu ..."

Maka tanpa sebarang bantahan, pemuda itu segera melangkah masuk ke rumah bapa mertuanya dan seterusnya mengetuk pintu bilik yang dikatakan bilik puterinya yang kini sudah sah menjadi isterinya.

Maka dengan tiba-tiba pintu terbuka dan kelihatan seorang gadis yang begitu sempurna kejadiannya dan begitu jelita.



Maka terperanjat sang pemuda, bersegera ia keluar dari rumah dan berlarian menuju kepada bapa mertuanya kini

"ayah...dimana isteri saya?"

"Isterimu telah kau temui tadi nak..."

"Tetapi ia sangat berbeza dari apa yang ayah nyatakan...?"

"Anakku! Puteriku ku sifatkan sebagai buta, kerana matanya tidak pernah melihat perkara yang dilarang, kusifatkan sebagai pekak kerana ia tidak pernah mendengar perkara yang haram, ku sifatkan sebagai bisu kerana tidak pernah mengatakan perkara yang haram, ku sifatkan sebagai lumpuh kerana kaki dan tangannya serta tubuh badannya tidak pernah digunakan untuk melanggar perintah Allah...maka bergembiralah nak..dan ayah juga sebenarnya telah menghalalkan apa yang kau makan sejak hari pertama kita bertemu lagi.."

Lantas berpelukkanlah kedua menantu dan mertua tadi dalam keadaan sangat gembira. Hasil perkahwinan pemuda ini dan puteri pemilik pohon epal menghasilkan zuriat yang soleh dan antaranya ialah raja para wali, sheikh Abdul Qadir Gilani.

Kalaulah muslimah kembali kepada keadaan pada zaman-zaman keemasan Islam...hanya duduk dirumah tanpa perlu menghadiri sebarang pergaulan bebas yang PASTI merangsang, nescaya dunia akan menjadi lebih aman .. wallahu a'lam






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol