Bagaimana hendak menjadi wali?
"Ustaz..bagaimana hendak menjadi wali?"
Satu soalan yang agak berat untuk dijawab, selepas solat zuhur di masjid menara nan sebatang, ditengah terik mentari, di dalam kereta yang terjemur di tengah panas tanpa sebarang perlindungan. namun ustaz itu menjawab,
"Tunggu anak perempuan kau besar...kau akan jadi wali.."
Ya...jawapan itu sudah penulis agak sejak sebelum ditanyakan lagi...Namun ianya hanyalah sebagai pembuka bicara sahaja. Jawapan bersahaja ini sebenarnya lebih menambahkan selera dai sang penanya...
"Seorang wali itu kadang kala dia tahu dirinya wali tetapi orang lain tidak tahu bahawa dia seorang wali. Ada kalanya dia tidak tahu pun sebenarnya dirinya seorang wali, tetapi orang ramai tahu bahawa ia seorang wali. Ada kalanya, dia tidak tahu dirinya seorang wali manakala orang lain juga pun tidak tahu bahawa dirinya seorang wali. Dan ada juga keadaan dimana dia tahu dirinya wali dan orang ramai juga tahu bahawa dia seorang wali..."
Jawapan yang agak kompleks..
"untuk menjadi seorang wali, kena lakukan satu amalan yang istiqamah yang mana amalan itu merupakan amalan yang paling disukai Allah..walaupun kecil.."
"Bagaimana kita nak tahu amalan itu disukai Allah?"
...
Apa yang penulis faham, setiap zaman tidak akan sunyi dari wujudnya seorang wali Allah. Atas fahaman ini, maka terbitlah pula fahaman dari kaum syiah bahawa setiap zaman tidak akan sunyi daripada wujud seorang imam. Adakah syiah menirunya ataupun kaum tariqat yang meniru fahaman syiah, hanya Allah yang mengetahuinya...
Wali acapkali muncul dari golongan yang mengamalkan kehidupan sufi yang tidak mementingkan dunia dan sangat tamak dan halobakan akhirat. Apabila membaca kisah para wali, contohnya seperti yang tercatat dalam buku tazkiratul auliya karangan syekh fariduddun Attar, kita dapati ada dikalangan para wali ini mempunyai masa lampau yang agak teruk, tetapi akhirnya mereka ini bertaubat dan menjadi manusia yang hampir dengan Allah. Mereka menjadi makhluk yang sangat cinta kepada Allah dan tidak lagi memandang atau terpaut dengan cinta kepada makhluk. Kekuatan pengenalan dan taarufnya dengan Allah menyebabkan hatinya terpaut secara langsung dengan sang penciptaNya hasil bertemunya mereka dengan jalan pertama yang membawa diri mereka ke daerah cinta ini, iaitu jalan taubat...
Hanya Dia yang memilih dan mengenali para kekasihNya...
Ulasan