Rujuk JAKIM dulu sebelum buat konsert

Di serata nusantara, antara berita terhangat yang sering dijadikan topik perbualan sama ada dalam media cetak atau media elektronik kini selain dari isu MHS 370 ialah berita penganjuran konsert yang meragut enam nyawa yang kebanyakkan adalah dari kalangan anak bangsa melayu islam.

Dalam kepelekan dan kebingungan dunia untuk mencari penyelesaian terhadap misteri kehilangan pesawat terbang milik MAS ini rupanya masih ada insan yang begitu berani melonjak dan melayan keserakahan nafsu untuk secebis keuntungan dan keglamouran meluluskan penganjuran konsert seumpama ini.

Tiada pula disibukkan dengan sensitiviti keluarga mangsa. Tiada pula yang mahu mengharamkan atau menghalang pelaksanaannya. Maka Allah membuka aib mereka yang bertanggungjawab dengan mematikan beberapa insan di lokasi kejadian. Kalaulah tiada kematian nescaya tiada siapa pun yang tahu betapa negara semenanjung emas yang dikatakan hebat dan begitu gah akan acara berciri keislamannya itu BERJAYA mengajurkan konsert bertaraf antarabangsa selama tiga hari. 


Sayang sekali, selepas didedahkan JAKIM akhirnya bersuara dengan nada longlai dan rapuh  melalui lisan sang menteri pengawal agama negara agar penganjuran konsert diharap dapat dirujuk kepada pihak JAKIM. 

Hanya diharap untuk dirujuk. Ini bermakna kalau tak rujuk pun boleh lulus tak ada masalah. Sepatutnya nadanya lebih keras, seperti, sebarang konsert yang dicadangkan di negara ini PERLU mendapat kelulusan JAKIM terlebih dahulu sebelum diluluskan. Ala-ala tauliah mengajar atau memberi ceramah. Penceramah jika tiada tauliah dari jabatan agama akan mendedahkannya untuk ditangkap. Tetapi penganjur konsert hanya perlu mendapatkan pandangan sahaja.

Maknanya disini kalaupun JAKIM berpandangan bahawa konsert yang bakal dianjurkan kelak tidak layak atau tidak boleh dilaksanakan, tetapk jika diluluskan oleh mana-mana pihak berautoriti,ianya tetap boleh dilaksanakan...



Melaka: Mana-mana pihak digesa mendapatkan pandangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi agama lain, sebelum menganjurkan konsert di negara ini pada masa akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara seperti ini perlu dipertimbangkan sebagai pengajaran pada masa akan datang.
“Bagi mengelak tragedi tidak baik sehingga menyebabkan kematian dan sebagainya, kami harap penganjur merujuk kepada pihak tertentu (JAKIM) untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya mengulas mengenai kehilangan enam nyawa ketika Konsert Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) di Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Beliau ditemui selepas majlis Multaqa Pegawai Syarak, Guru-Guru Agama dan Jawatankuasa Masjid Peringkat Negeri Melaka 2014 di Masjid Al-Azim, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustaoha dan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri Datuk Mohd Zin Mansor.
Dalam kejadian itu, semua enam penonton konsert itu dipercayai mati akibat pengambilan dadah berlebihan ketika konsert berlangsung.
Sementara itu, Jamil Khir turut mengumumkan JAKIM menyalurkan RM875 juta kepada semua imam, guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan penyelaras majlis daerah (PMD) di seluruh negara dengan Selangor dan Kelantan menjadi penerima peruntukan tertinggi tahun ini.
Peruntukan itu meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu selepas berlaku pertambahan bilangan imam, guru takmir, guru KAFA dan PMD.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol