Merapatkan saf : perkara yang dipandang remeh

Apabila imam telah berdiri di hadapan mihrab untuk melaksanakan solat berjamaah, maka adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengingatkan jamaah di belakangnya untuk merapatkan saf yang renggang dan meluruskan saf yang bengkang-bengkok sebelum memulakan takbiratul ihram.

Namun tidak ramai imam yang mampu berbuat demikian. Adakah kerana ia terlupa, atau dia tidak mempunyai kekuatan untuk berkata-kata (tidak semua orang boleh melakukan public speaking), atau dia sememangnya tidak tahu. Acapkali jamaah akan menemui atau mempunyai seorang inam karyah yang apabila sudah berada di hadapan terus sahaja memulakan takbir tanpa menoleh ke belakang apa lagi untuk memberikan ingatan kepada jamaah.

Maka kita akan kerap menemui keadaan saf yang tidak rapat, keadaan saf yang bengkang-bengkok dan juga yang terputus. Bukankah Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa baginda pernah melihat syaitan sebesar anak kambing yang berada di antara saf solat yang tidak rapat? Junjungan besar SAW juga pernah memerintahkan agar meluruskan saf atau Allah akan membengkokkan hati kamu.

Apakah maksud membengkokkan hati kamu? Ianya boleh ditafsirkan sebagai perpecahan di kalangan jamaah, atau ketidak lurusan atau tiada muafakat di kalangan jamaah.

Maka tidak hairan jika di rumah-rumah Allah sendiri berlaku perpecahan dan pertelingkahan di kalangan jamaah, seperti perebutan jamaah, perbalahan politik hingga mewujudkan dua imam dan sebagainya.

Apabila hati telah terbengkok, khususnya yang tidak menitikberatkan soal saf, bagaimana pula halnya dengan manusia yang tidak mengambil berat hal solat berjamaah? Tentunya semangat perpecahan dalam dirinya menjadi semakin kritikal dek kerana tiada sebarang bentuk tarbiyyah untuk penyatuan yang diterima setiap hari...

Maka adalah menjadi tanggungjawab besar seorang imam untuk mengambil berat soal berkaitan saf dan jamaah sebelum memulakan solat....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol