Terpaksa melangkah pergi: kad merah telah dilayangkan...

Hari ini hari terakhir di pejabat puncak desir angin....terdapat acara makan tengahari yang diadakan agak tergesa2. Mungkin ianya bukan acara resmi. Bos kelihatan keluar duit poket sendiri.

Dimeja makan restoran yang agak rersohor di pekan kecil, penulis diminta membuat sedikit ucapan. Tapi penulis menolak dengan baik..

Gerakan jarum minit menuju ke angka selepas 4.59 terasa agak perlahan. Melangkah pergi dengan agak berat. Meskipun baru berusia sebulan lebih di pejabat itu, terdapat desakan agar penulis segera pindah ke pejabat lain. Ini mungkin rekod dalam organisasi. Dipindahkan dalam jangkamasa sebulan daripada tarikh berpindah ke pejabat puncak desir angin.

Tatkala surat arahan pindah tiba, ada telahan nakal mengatakan penulis sendiri yang mohon dipindahkan. Kunun kerna tidak sesuai. Kunun kerana kurang gembira. Itu hanya telahan nakal. Surat arahan itu tidak pernah terjangka akan datang secepat ini. Kita semua penjawat awam yakin akan dipindahkan. Tidak pernah ada yang bertugas statik di sesebuah jabatan sampai pencen. Tapi kali ini ia terlalu cepat.

Mungkin rentak tari penulis kali ini teramat sumbang dan terlalu huduh..maka pengadil segera mengangkat kad merah mengarah agar keluar padang. Apa yang boleh dibuat?

Sekali lagi terpaksa membetulkan fokus....
sekali lagi terpaksa menyesuaikan diri di pejabat baru...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol