Aspirasi pengawas

Rupanya agak sukar untuk sesebuah sekolah harian memilih pelapis pimpinan pelajar. Pencarian pelajar yang benar-benar berwibawa dan berdisiplin kerap menemui jalan buntu. Acapkali sekolah menengah harian tersilap memilih pelapis menyebabkan sekolah akhirnya kecewa dengan pilihan mereka sendiri.

Mungkin ada teori lain yang boleh digunapakai. Para guru kerap beranggapan pelajar yang bermasalah tidak bolehndibentuk lagi. Mereka selalunya dipinggirkan dari arus perdana dan dijauhkan dari memakai uniform pengawas, atau apa-apa sahaja pimpinan peringkat pelajar.

Sekolah penulis pada 1992 pernah memecah rekod dengan memilih pelajar yang dianggap 'taiko' sebagai pengawas. Majlis warden sekolah telah membuat keputusan yang agak mengelirukan apabila memilih kebanyakan taiko selaku pengawas. Ironinya, pilihan mereka bukanlah suatu kesilapan. Geng taiko ini telah membuktikan bahawa apabila mereka diberikan tanggung jawab, mereka menyahut cabaran dan berubah menjadi role model dikalangan pelajar. Secara tidak langsung, mereka juga menjadi virus pula dikalangan taiko sekolah yang lain hingga akhirnya para taiko ini berjaya dilumpuhkan terus.

Selalunya mereka yang dipilih selaku pengawas di sekolah menengah harian adalah dari kalangan pelajar cemerlang, atau yang kelihatan boleh diharap berbanding pelajar lain. Ada kalanya yang dipilih itu bukanlah dari kalangan mereka yang mampu membuat kerja. Kadangkala mereka yang dipilih juga bukanlah pemidato yang baik pun....

Namun dek kerana kekurangan pelapis, tidak ada gading bertuah, tanduk pun berguna jua....

Penulis amat bersetuju dengan tindakan sesetengah sekolah harian yang menghantar para pimpinan sekolah menyertai kursus tertentu. Walau bagaimanapun, pada pandangan penulis, kursus berbentuk out door yang menekankan mengenai kepimpinan dan team building adalah amat bersesuaian untuk membentuk jiwa kental seorang pemimpin yang berwibawa.

Para guru seharusnya jangan takut untuk membuat transformasi dengan berani mengambil risiko dengan membuat pemilihan pengawas dan pimpinan pelajar tidak hanya dikalangan ulat buku sahaja, tetapi harus memikirkan juga untuk menarik para taiko tahap sederhana yang wujud di sekolah untuk sama-sama memikul tanggujgjawab agar mereka merasa kehadiran mereka sebenarnya turut dihargai oleh pihak sekolah. Mungkin selama ini mereka merasa diri mereka tidak dihiraukan di sekolah membuatkan mereka rasa disisihkan dan menyebabkan mereka melakukan sesuatu hanya untuk menarik perhatian para guru sahaja.

Pengawas sedia ada perlulah diberikan latihan berterusan dan kalau boleh disediakan medan dialog dengan para mantan pengawas tahun-tahun sebelumnya agar mereka dapat menyelami permasalahan yang timbul dalam dunia pengawas yang amat tersembunyi di sebalik lipatan fail para guru disiplin di sekolah.

Bimbingan terhadap pengawas perlu dilakukan dari masa ke semasa agar mereka dapat menjadi pelajar yang seimbang dalam pencapaian kokurikulum (pengawas) dan juga bidang akademik. Kita khuatir juga sekiranya pelajar yang dilantik terlalu memberikan penumpuan terhadap kerjaya pengawas dengan mengabaikan tugas hakiki mereka selaku seorang pelajar.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol