Masjid dan corongnya...
Beberapa minggu ini, disamping keghairahan majoriti (?) rakyat semenanjung emas dan dua tanah besar borneo terarah kepada isu kehilangan pesawat terbang, perhatian warga muslim yang menjadi majoriti warga semenanjung emas dan sebahagian tanah besar borneo ini dilarikan dengan isu seorang lelaki muslim yang membuat laporan polis mengenai seruan azan dan tarhim yang didakwa mengganggu kehidupannya dan juga kehidupan kebanyakan warga karyah di kediamannya.
Isu ini menjadi hangat selepas mungkin minda rakyat 'terpaksa diarahkaan pn' kepada isu pesawat yang semakin 'tenggelam' dengan kepelbagaian teori di media alternatif, maka ia menjadi letih dan tercari-cari isu lain yang boleh menyegarkan sementara kerisauan rakyat terhadap nasib para penumpang pesawat tersebut.
Ia menjadi semakin hangat apabila lelaki yang membuat laporan polis itu bukan sahaja seorang muslim, tetapi kelihatan sebagai seorang muslim (memakai kata-kata keramat Timbalan Pengarah HEP salah sebuah institusi pengajian tinggi kira-kira 19 tahun lampau).
Menurut apa yang dilaporkan, lelaki ini telah beberapa kali menyuarakan isu tersebut kepada ajk surau dimana terhadap berbelas-belas pembesar suara yang akan mengumandangkan bukan sahaj azan lima waktu sehari semalam, tetapi juga tarhim, bacaan al quran, kuliah dan juga solat jahr.
Beberapa tahun sebelum ini heboh diperkatakan mengenai larangan mengumandangkan bacaan terhim sebelum solat subuh oleh salah sebuah penguasa agama di negeri kepulauan utara yang diperintah dan dikuasai oleh parti yang dicop sebagai parti perkauman terbesar di negara semenanjung emas dan sebahagian kepulauan borneo. Isu tersebut dipandang zalim dan diteorikan sebagai salah satu percubaan untuk melenyapkan islam dan juga melayu. Maka bergentayangan para ahli fikir pro penguasa serta pengampu mereka memberikan pelbagai fatwa dan menceduk ayat al quran dan hadis buat menguatkan hujahan mereka. Negeri ini juga pernah menimbulkan kontroversi dimana cadangan penguasa agama mereka juga untuk mengadakan pilihanraya bagi pemilihan AJK masjid dan surau. Ianya dibantah dengan begitu keras.
Kita kembali ke zaman Rasul SAW. Adakah wujud bacaan tarhim sebelum subuh dengan nawaitu untuk mengejutkan penduduk madinah pada waktu itu agar segera bangkit untuk mempersiapkan diri menghadapi solat subuh?
Apa yang diketahui pada zaman itu, azan akan dikumandangkan dua kali. Pertama kira-kira satu jam sebelum waktu solat subuh dan disebutkan dalam hadis ianya dilaksanakan oleh Abdullah Bin Umi Maktum. Kemudian baru diikuti oleh azan subuh oleh Bilal Bin Rabah. Perkara ini diteruskan sehingga ke hari ini oleh pemerintah saudi dan juga negara-negara arab yang lain.
Namun di nusantara ini, kebanyakan surau dan masjid lebih selesa mengumandangkan bacaan tarhim sebelum azan subuh, ataupun bacaan ayat-ayat suci al quran. Apakah satu kesalahan untuk azan sebanyak dua kali pada pagi hari? Adakah suara azan itu lebih mengganggu dari suara tarhim atau sebaliknya?
Cuba kita bayangkan bersama, jika surau yang dilaporkan kepada polis itu yang mempunyai berbelas pembesar suara hanya digunakan untuk 6 kali azan dan lima kali iqamah sahaja setiap hari tanpa tambahan tarhim atau lantunan bacaan al quran serta suara kuliah yang hanya dibuka di dalam perut surau sahaja. Adakah akan ada yang terganggu? Saya fikir ahli qaryah di situ akan lebih selesa dan harmoni.
Mungkin masjid dan surau serta jawatankuasa yang ada terlalu ghairah hendak menegak syiar agama, namun mereka tidak berasaskan ilmu yang sahih. Kalaupun tidak mahu menoleh kepada apa yang berlaku pada zaman keagungan islam lebih 1400 tahun lampau, ambillah model di dua masjid haram, makkah dan madinah. Pembesar suara hanya digunakan untuk azan, iqamah dan solat sahaja, tidak lebih dari itu.
Ambillah iktibar dari negara jiran di hujung semenanjung emas. Azan di sana dilarang untuk dikuatkan atas dasar menjaga keharmonian. Penguasa agama mereka sendiri tidak membenarkan perkara tersebut atas alasan penggunaan pembesar suara tiada berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Maka cukuplah azan seqadar didengari oleh orang di dalam surau atau masjid sahaja.
Adakah kita akan menjejaki mereka jika kita menjadi semakin tidak bijak untuk menggunakan pembesar suara masjid dan surau dengan lebih berhati-hati dan harmoni?
Berikut adalah petikan kenyataan Dr Asri Zainal Abidin mengenai isu di kepulauan utara
Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.
Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.
Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Wallahu a'lam
Ulasan