Sesak setiap petang

Menjelang jam 5.00 petang, lalulintas utama di pekan kecil yang kelihatan semakin membangun akan mula menghadapi kesesakan lalu lintas. Hal ini sejak beberapa minggu lepas menjadi semakin tidak terkawal.

Beberapa tahun sebelum ini, kesesakan jarang berlaku di laluan ini. Tetapi sejak berdirinya dua lampu isyarat yang kununnya diperjuangkan oleh pimpinan setempat, ianya mula mengundang masalah kesesakan. Bayangkan saudara terperangkap selama hampir 15 ke 30 minit setiap hari tatkala pulang dari kerja dari sebuah pekan kecil yang terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan bandaraya Johor Bahru....apalagi ibukota negara!!

Namun itulah delema yang terpaksa dihadapi setiap hari. Dikatakan bahawa wakil rakyat tempatan memegang portfolia yang agak penting di persada negara. Mungkin beliau tidak mendapat infornasi yang tepat. Mana mungkin dia nampu berada setiap hari di pekan yang menjadi nadi dalam kawasan yang diwakilinya itu. Tentu tugas pemantauan rakyat akan diserah kepada orang kepercayaan. Orang itulah sepatutnya menjadi mata dan telinga untuk nenyampaikan masalah marhaen. Bukan sebagai mata-mata parti politik yang kehausan sokongan rakyat semata-mata.

Berbalik kepada kesesakan tadi. Sepatutnya sesuatu perlu dilakukan segera. Bukan hanya menjadi penuntun sambil terbaring tanpa tindakan ultra aktif sahaja. Adakah pengguna terpaksa menunggu dan 'menikmati' kesesakan ini setiap hari sehingga ke tempoh pemilihan seterusnya?

Ulasan

Kad Kahwin berkata…
Buat Dahulu Baru Fikir.... Bila 'Think Tank' dah jadi 'Ting Tong'.

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol