Walimah : pengalaman menjadi bapa pengantin

Mungkin bagi sahabat yang pernah mengenali penulis, walaupun hanya sebesar tahi lalat akan merasa agak pelik dengan tajuk kali ini. Sebenarnya itulah realiti. Menjadi bapa pengantin pada usia muda. Pada usia anak yang sulung baru sahaja masuk darjah dua. Ini adalah disebabkan adik penulis berkahwin dalam keadaan ibu dan ayah telah tiada.


Apabila adik-adik penulis bercadang untuk berkahwin beberapa hari selepas pemergian bonda ke alam baqa, hati kecil penulis sebenarnya amat berat untuk memberikan sebarang persetujuan. Ini adalah disebabkan ibu baru sahaja meninggal. Adik yang lelaki pula baharu dua minggu mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya. Kalau ikut perjanjian ialah selama dua tahun manakala adik perempuan dijangka akan bertunang tidak lama lagi. Namun setelah difikirkan kembali dan melihat kepada keadaan perhubungan mereka, maka penulis akhirnya bersetuju dan memilih 2 Rejab sebagai tarikh majlis aqad nikah dan juga majlis meraikan pasangan.

Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Bermula dari tempahan kad, tempahan makan hinggalah kepada edaran kad. Mujurlah isteri penulis banyak memberikan sokongan,dorongan dan kadangkala bebelan. Penulis termasuk dalam kategori yang terlalu mengambil mudah, hinggakan ke saat akhir majlis masih terawang-awang berkaitan tempahan makanan, set khemah dan juga kerusi serta meja...


Pada peringkat awal memang hendak dibuat ala kadar sahaja. Namun akhirnya ia menjadi sebuah majlis yang agak besar dengan pelbagai persiapan. Dengan mengambil konsep perkahwinan di dalam taman, isteri penulis berhempas pulas menyiapkan persiapan hingga terpaksa stay up sepanjang malam sebelum majlis pernikahan adik penulis, mengalahkan pengantin yang kelihatan nyenyak tidur...

Pagi Jumaat, seusai solat subuh, penulis mengumumkan mengenai majlis pernikahan dan meraikan pengantin kepada jamaah surau dan memohon maaf kepada pihak yang gagal menerima kad udangan disebabkan penulis tidak tahu nama, lewat hantar dan sebagainya. Penulis menjemput kesemua ahli jamaah subuh pada hari itu untuk menyaksikan acara pernikahan dan juga menikmati jamuan selepas itu.

Penulis pulang ke rumah dan kemudian keluar mencari sarapan pagi. Kemudian penulis bergegas menziarahi pusara ibu. Balik untuk bersiap, kelihatan isteri penulis masih belum sempat menyiapkan beberapa persiapan terakhir. Menjelang jam 8.30, penulis telah mencapai tuala untuk mandi manakala isteri dan adik penulis sedang membuat persiapan diri pengantin. Oleh kerana masa pernikahan ialah pada jam 9.00 pagi, penulis telah meminta mereka bersiap awal. Menjelang jam 9.00 pagi, salah seorang jamaah surau telah datang ke rumah memanggil penulis kerana imam nikah telahpun berada di surau.

Sekitar jam 9.30 baharulah kami tiba di pintu surau. Jurunikah telahpun menunggu kedatangan pengantin. Agak menyedihkan kerana tiada keluarga lain yang datang. Penulis buat pertama kalinya menjadi wali nikah bagi adik kandung penulis. Satu pengalaman baru yang rasanya pasti akan dilalui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai anak perempuan, atau saudara kandung perempuan yang sudah kematian kedua ibu bapa.

Pengantin lelaki juga datang agak lewat dan terkocoh-kocoh hinggakan terlupa memakai kain samping...

Acara akad nikah akhirnya berlangsung dengan memakai saksi dari beberapa jamaah surau yang berkebetulan hadir dek kerana ketiadaan saksi utama dari pihak keluarga penulis.
Seusai akad nikah, kami kembali ke rumah. Ahli rombongan pihak lelaki juga ke rumah untuk jamuan dan juga program pertukaran barang hantaran diantara dua keluarga.


Sekitar jam 11 pagi undangan sudah mula muncul. Agak terharu kerana ramai juga dikalangan hadirin yang hadir tidak diundang dengan kad jemputan. Hanya layangan sms telah bisa membuatkan mereka tertarik untuk hadir. Kebanyakan mereka juga adalah yang tidak membalas sepatah kata pun. Kebanyakan yang membalas sms pula tidak hadir walaupun ada memberi harapan dalam ayat yang disebut di dalam sms.
Malam sebelum majlis, yang paling dirisaukan penulis ialah tiada sesiapapun yang hadir. Rupanya jangkaan itu meleset sama. Kehadiran bagi penulis adalah di luar jangkaan. Maka takut pula jika nasi atau lauk tidak mencukupi....

Selepas solat jumaat, bilangan tetamu meningkat dan semakin ramai. Amat bersyukur kerana sehingga tamat, cuaca adalah baik. Walaupun ada kelihatan tompokan-tompokan awan kelabu di langit dengan sulaman mendung, namun hujan tidak memunculkan diri berbanding petang semalam yang memperlihatkan jumlah hujan yang membasahi bumi amat memberangsangkan.

Dalam pengurusan pelaksanaan majlis walimah ini sebenarnya beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya ialah :
1. Perlu wujud pengagihan kerja lebih awal dengan penubuhan biro yang tertentu, namun tidak pula terlalu formal hingga hilang kemesraan di kalangan ahli keluarga;
2. Jemputan boleh dibuat sama ada melalui kaedah konvensional, iaitu edaran kad hard copy, atau melalui sms, what up, email dan sebagainya;
3. Melalui jemputan yang dibuat, kita akan mengenali siapa sebenarnya kawan kita sama ada dia dari kalangan yang suka menabur janji sahaja, suka mengelak, terlalu formal atau sebagainya;
4. Penganjuran majlis seumpama ini mampu menguji siapa diri kita di tengah masyarakat sama ada dihargai ataupun tidak;


Ya Allah...berkatilah...

Ulasan

pokde ajai berkata…
as salam...mohon beribu kemaafan....kwn x hadir....kena serangan gout.....maaf sesangat.....
Unknown berkata…
X jemput pn.....xde sms pn...

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol