Pesta tarian - bukan sesuatu yang aneh...
Penulis secara tidak senghaja telah berada di Medine Mall lokasi berhampiran legoland dalam jajahan nusajaya, kota pentadbiran baru selepas Johor Bahru, tanjung puteri dan juga kota tinggi. Di situ hanya terdapat bangunan yang pada pandangan penulis merupakan sokongan terhadap kewujudan sebuah taman tema yang diwujudkan khusus untuk menarik seberapa ramai yang boleh pelancong dari negara seberang tambak. Di bangunan ini terdapat beberapa kedai yang kebanyakkannya adalah kedai makanan dan minuman. Di tengah kawasan yang agak luas terdiri sebuah pentas dan disitu diadakan pertandingan tarian yang melibatkan sekolah rendah serata negeri selatan.
Tarian disertai oleh pelajar dengan warna-warni pakaian serta bentuk tarian tradisional kesemua etnik yang wujud di bawah naungan negara. Juri lebih kurang lima orang.
Ini adalah sebuah negara yang dipanggil negara islam oleh rakan-rakan dalam oic. Penulis tidak melihat acara seumpama ini perlu wujud dalam sebuah negara yang mendakwa melaksanakan Islam secara wasatiyyah...
Mungkin KPM di bahagian pendidikan islam yang mempunyai ribuan ilmuan islam yang tersebar diserata sekolah di negara ini perlu menilik dan menilai serta mempersoalkan program tajaan sebuah badan yayasan kebudayaan ini. Guru selaku murabbi perlu memainkan peranan aktif untuk memantau program yang jelas menjauhkan pelajar mereka dari hakikat jalan ke jannah, untuk dihindari. Tentu banyak lagi program lain yang boleh dilaksanakan dan lebih mendatangkan faedah serta membangun sahsiah berbanding program menari di khalayak yang akhirnya bisa memperkenalkan anak-anak yang masih suci ini ke dunia yang sudah semakin tersasar dari jalan redhaNya...
Wallahu a' lam
Ulasan