Antara Makkah : Jepun : Malaysia - Islam di mana?
Ketika iktikaf secara tidak senghaja di jame bandar Kluang tatkala menantikan hilangnya syafaq merah diufuk barat, kuliah diadakan dan disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar yang dikenali dan agak tersohor.
Kuliah mendendangkan lagu maqasid syariyyah yang antara lain menyentuh berkaitan pelaksanaan hukum-hukum islam. Kewarasan akal sering terlayang dek bisikan merdu syaitan mengajak manusia menutup mata dan menghilangkan kebolehan mendengar.
Antara bait dendangan yang menarik ialah pelaksanaan hukuman qisas di saudi ke atas pesalah jalan raya yang didapati melanggar serta menyebabkan terbunuh mangsa. Pemandu akan dikenakan bayaran diyat berjumlah 60,000 riyal, dipenjara tanpa bicara selama 6 bulan, dan selepas itu baharulah dibicarakan di mahkamah untuk menghadapi pertuduhan. Jika sabit pertuduhan, hukuman balas bunuh boleh dijatuhkan kecuali jika pihak keluarga memberikan kemaafan.
60k riyal jika langgar dan mati. Jika diaplikasi di negara terchenta, tentu kadar kemalangan bisa dikendurkan.
Kisah lain pula berlaku di Jepun, dimana penceramah bercerita mengenai sahabatnya yang berkunjung ke sana. Sebaik sahaja turun di stesen LRT dan pintu keretapi ditutup, baru teringat, HP dan juga beg berisi duit tertinggal di tempat duduk!!
Maka duduk lah dia disitu menantikan kedatngan tren kembali ke stesen itu. Dalam fikiran begitu risau. HP hilang. Duit dan pasport juga turut berada dalam beg yang ditinggalkan secara tidak senghaja itu. Selepas empat jam berlalu, tren tadi muncul dan tanpa segan silu beliau terus menerobos masuk semula ke perut tren dan alhamdulilla, barang yang ditinggalkan masih terletak cantik di kerusi yang ditinggalkan!! Di negara penyembah matahari....
Sketsa di Makkah pula, menurut yang empunya cerita, tatkala sahabatnya yang lain hendak masuk mengucup hajarul aswad, dengan membuat pusingan yang semakin menghampiri batu dari jannah itu, akhirnya membuahkan kejayaan. Walaupun sebelum itu, sahabat tersebut bercadang untuk membina tembok manusia bagi membuat sekatan untuk masuk mengucup batu tersebut dihalang dan dilarang dengan tegas oleh penceramah tersebut kerana ianya bisa menghalang jamaah umrah yang sedang tawaf. Namun, sahabat tersebut telah kehilangan sejumlah wang beserta HP !! Di dalam lokasi paling suci, dimana solat yang didirikan di sana dijanjikan seumpama 100,000 kali ganda solat di lokasi lain...
Sketa si Malaysia, ini adalah tambahan berdasarkan pengalaman penulis, tatkal berkunjung dan berziarah ke gedung IKEA yang saban waktu dilakukan oleh sang isteri, setelah selesai membeli belah, telah bergerak pulang, dalam keadaan HP yang mempunyai kelebihan GPS juga telah terpadam dek kerana kelemahan sang bateri, kami singgah sebentar di JJ yang terletak sejam perjalanan dari IKEA dan hampir dengan rumah penginapan kami. Tatkala menjelang terbenam mentari, ketika menghampiri kaunter pembayaran, apabila mencari dompet, ianya didapati hilang. Maka bersegera mencari di tempat letak kereta, di dalam kereta dan sebagainya tetapi masih gagal. Maka diambil putusan untuk kembali ke IKEA. Ada kemungkinan ianya tercicir di sana. Dalam keadaan tanpa petunjuk GPS, pada waktu menjelang malam, dan IKEA akan ditutup kedai pada jam 10.00 malam!!
Dengan izin Allah, kami selamat tiba di IKEA sekitar jam 9.30 malam. Menuju ke kawasan yang disyaki, tetapi tiada sebarang petunjuk atau bukti atau saksi yang boleh memberikan keterangan lanjut. Bertanya di kaunter, katanya sila lapor ke kaunter keselamatan. Di kaunter keselamatan, terdapat sepasang ibu dan anak juga dalam situasi sama melaporkan keadaan. Pengawal bukan berbangsa Malaysia dan ini menyebabkan komunikasi agak sukar. Kami disuruh membuat laporan polis jika mahu melihat CCTV...Balai polis terhampir sekitar 5 km dan jam sudah menunjukkan ke angka 9.45 malam.
Isteri tidak berputus asa. Dicari lagi kie kawasan yang paling disyaki. Dipertanyakan lagi ke kaunter yang dijaga oleh seorang non muslim. Tadinya adalah petugas muslim bertudung. Maka dijawab ada disimpan dan ditemui di lokasi yang disyaki tadi.. Apa petugas muslim yang pertama ditanyai tadi tidak sama kantor dengan petugas non muslim kini dengan rambut terikat kemas bak ekor kuda? Mereka dari kantor jabatan yang sama...!! Maka apa penyebabnya dia seolah buntu untuk menjawab tanyaan yang pertama dengan kemas?
Beg dipulang kembali. Isi tidak ada yang kurang. Kembali ke kaunter pengawal untuk membuat laporan penutup. Pasangan ibu dan anak juga telah menemui beg yang hilang. Namun isinya telah kosong dan terdapat banyak kad lain dan asing yang tersimpan di dalamnya yang bukan menjadi miliknya. Beg itu ditemui di kawasan hilang, di surau perempuan.
Teringat hasil kajian seorang ahli akademik di London sebagaimana yang disiarkan seperti berikut:
London: Seorang ahli akademik Amerika Syarikat kelahiran Iran menganggap Ireland negara paling Islamik di dunia.Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) baru-baru ini, Profesor Perdagangan dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti George Washington itu berkata, Denmark, Sweden dan United Kingdom menyusuli Ireland.Menurut Hossein, kajian yang dilakukan bersama rakannya Dr Scheherazde S Rehman juga mendapati Israel berada di tangga ke-27 senarai negara yang melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Quran, berbanding negara yang ramai penduduk Islam.
Tidak ada satu pun negara yang mempunyai majoriti penganut Islam berada di 25 tempat teratas senarai itu dan tidak ada negara Arab termasuk dalam senarai 50 teratas.
Katanya, apabila ‘indeks keislaman’ mereka diguna pakai, hanya Malaysia (33) dan Kuwait (42) sebagai negara Islam tersenarai dalam 50 negara teratas.Amerika Syarikat menduduki tangga ke-15, Belanda juga di tempat ke-15 dan Perancis, 17.
Saudi berada di kedudukan ke-91 dan Qatar, 111.
Dalam menjalankan kajian itu, kedua-dua penyelidik mengguna pakai kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara.
“Dalam indeks itu, pencapaian negara Islam amat buruk,” katanya sambil menuduh negara berkenaan mengguna agama sebagai alat untuk berkuasa.
Hossein berkata: “Kami perlu menegaskan bahawa kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara.
“Melihat kepada indeks Keislaman Ekonomi atau bagaimanapun hubungan rapat antara dasar dan pencapaian sesebuah negara menggambarkan ajaran ekonomi Islam - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium menduduki tempat 10 teratas.
“Dalam ‘Indeks Keislaman Menyeluruh,’ ukuran yang meliputi undang-undang dan pentadbiran, hak asasi manusia dan politik, hubungan antarabangsa serta faktor ekonomi, senarai itu tidak banyak berubah dengan New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan Belanda berada di 10 tempat teratas.
Dan sekali lagi, hanya Malaysia (38) dan Kuwait (48) menduduki kelompok 50 teratas dalam kalangan negara Islam. - Agensi
Ulasan