Selepas 10 hari : Apa khabar saudara syria?

Aktiviti merentasi Ramadhan telah berada dihujung trisemester pertama yang menjanjikan rahmat. Walaupun masih tiada kedapatan dendangan lagu hari raya di pejabat, namun desakan dan dengungan untuk menyiarkan lagu hari raya serta aktiviti berkaitan, seperti sesi bergambar untuk membuat kad hari raya sudah mula berlegar di medium komunikasi massa..

Aktiviti waktu Dhuha diisi dengan tazkirah Ramadhan anjuran pemilik bangunan pejabat puncak desir angin. Ulama kerajaan dipanggil dari daerah berlainan untuk membuat sedikit pengisian berguna. Dewan penuh diisi dengan para pencinta ilmu dikalangan staf.

Masjid di qaryah menjemput imam atau sebenarnya pelajar tahun tiga Universiti Madinah yang berasal dari negara bergolak, Syria. Agak berani juga pihak AJK masjid memberikan laluan kepada salah sebuah Ngo membawa seorang wakil 'pemberontak' Syria di masjid, tatkala dengungan militia dan pengganas yang berjuang di Syria boleh ditangkap!!


Beliau ini menceritakan serba sedikit mengenai kezaliman kerajaan Basyar. Apa yang menarik, beliau ini mengatakan rakyat syria tidak memerlukan tenaga jihad untuk kesana kerna Allah telah pun mengurniakan pemuda yang ramai. Yang diharapkan dari rakyat Malaysia ialah doa dan kiriman wang atau pakaian atau makanan atau sebarang keperluan lain. Beliau merawikan bahawa ada rakyat yang kebuluran hingga terpaksa memakan daun² kayu, rumput, kucing dan anjing...Tentu sekali ramadhan mereka berbeza dengan kita di sini yang dilimpahi dengan aneka juadah di bazaar ramadhan...


 Kami kemudian solat tarawih berimamkan beliau dan tiada jamaah yang mahu mengadakan jamaah asing dek kerana berlainan fahaman tentang bilangan rakaat kerana malam itu masjid qaryah hanya berlapan plus tiga dalam qiyam ramadhan...


Apa yang menarik, bacaan surah yang dialunkan amat menyentuh hati sang pendengar dari bangsa ajam ini...

Disamping mendengar rintihan Syria, jangan lupa suara tangisan yang masih belum reda di Palestin. Ia sedang dilukai lagi kini...

"Isnin, 07-07-2014 - Empat orang awam Palestin cedera dalam serangan baru udara Israel pada waktu subuh Selasa di tapak penentang yang berbeza di Semenanjung Gaza, menurut wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) di Gaza.
Sumber tempatan dan keselamatan melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom pada kira-kira 1:40 pagi di kebanyakan tapak penentang, dan letupan ganas turut menggegarkan semua kawasan di Gaza.
Lebih daripada 20 serangan udara yang mengsasarkan kawasan Khan Younis dan Rafah, dan serangan udara yang sama telah dilancarkan di Bandar Gaza dan kawasan lain di Gaza -sumber : http://www.palestine-info.co.uk/ ."

Lagu raya sudah boleh didengari di pusat membeli belah...itu mungkin strategi perniagaan...atau mungkin sahaja taktik untuk melunakkan hati pekerja yang sedang berkira-kira untuk terus bekerja di pagi eid, atau terus berhenti... Kita sibuk hendak bersuka-sukaan ...melupakan saudara kita di bumi bergolak...

Wallahu a'lam...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol