Masjid India dan Masjid Melayu : Tiada masjid cina?
Penulis tidak pasti apakah tulisan ini berbau rasis? Tatkala berjumaat di Masjid India yang terletak di Jalan TAR tengahari tadi, buat pertama kalinya berjumaat di sana. Meskipun sebenarnya acara ziarah ke jalan TAR telah dimasukkan sebagai aktiviti tahunan isteri penulis, setiap menjelang Ramadhan, namun belum pernah dapat menghadiri solat Jumaat disana. Namun, selepas negeri gapura selatan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat, aktiviti ke jalan TAR pastinya akan berlaku pada hari Jumaat.
Sebenarnya tiada sebarang perubahan yang berlaku pada bentuk fizikal bangunan masjid dan kawasan persekitarannya, kecuali kawasan kedai jualan yang menganjur dari masjid itu sudah tiada kawasan parkir dihadapannya. Ianya telah didirikan khemah sementara perniagaan. Setiap tahun sebelumnya, untuk mendapatkan parkir yang paling strategik, penulis terpaksa berpusing beberapa kali barulah dapat. Kali ini kenderaan diparkir dengan jayanya di dalam bangunan sogo.
Apa yang menarik di masjid india ialah, khutbah yang disampaikan adalah dalam bahasa tamil. Bahkan kuliyyah yang dibuat sejurus sebelum azan pertama juga disampaikan dalam bahasa tamil.
Berdasarkan pengamatan penulis,mazhab rasmi di masjid tersebut ialah mazhab hanafi yang menjadi anutan majoriti komuniti india muslim di situ. Bahkan imam mereka juga menganut fahaman yang sama.
Menurut satu pandangan, pengikut hanafi sudah semakin kecil bilangannya. Ironinya, ianya merupakan mazhab paling awal diantara empat mazhab yang popular diamalkan, bahkan dikatakan pengasasnya berguru dengan Imam Jaafar As Sodiq, yang disandarkan kepadanya mazhab jaafari.
Ada pandangan yang ditulis oleh ulama syafie bahawa tidak boleh seorang syafie solat di belakang imam bermazhab hanafi dek kerana beberapa perkara fiqh yang bersalahan, seperti memegang kemaluan dengan tapak tangan tidak membatalkan wudhuk di kalangan mazhab hanafi teyapi batal pada pandangan mazhab syafie.
Bahkan di makkah dan madinah sebelum pendudukan wahabi dan ibn saud, solat didirikan mengikut pegangan mazhab masing-masing berbeza lokasi di sekeliling kaabah dan juga di dalam masjid nabawi.
Mudah untuk mengenali mazhab ini, diantara cirinya ialah:
1. Kalimah iqamah mereka adalah dibaca dua-dua seperti azan, cumanya dengan tambahan qadqamatissalah....sama seperti amalan dalam mazhab jaafari;
2. Bacaan ketika duduk diantara dua sujud tidak terlalu lama atau mungkin seqadar tuma'ninah, juga menghampiri amalan mazhab jaafari;
3. Bacaan al fatehah dalam solat jahr tidak dibaca dan diawali dengan basmalah;
Imam di masjid naik ke mimbar masjid dan duduk tanpa memberi salam dan tanpa bacaan selawat sebagaimana amalan di kebanyakan masjid melayu di Malaysia...
Khutbah yang disampaikan juga tidak panjang meleret-leret. Tiada sebarang bacaan doa untuk sultan yang dibaca di dalamnya...
Di malaysia tidak pernah ada masjid yang mana khutbahnya dibaca dalam bahasa mandarin oleh khatib cina muslim. Kita ada masjid dengan rekabentuk seakan tokong di melaka dan kelantan, tetapi jamaah dan ajk tetap dipegang oleh kaum melayu....berbeza dengan masjid india yang kelihatan lebih maju, eksklusif dan dipegang oleh komuniti mereka sebagai ahli majoriti...adakah kita gagal mendakwahkan kaum cina sehingga mereka masih beranggapan masuk islam adalah masuk melayu?
Wallahu a'lam
Ulasan