Darah syuhada kembali mengalir deras : Gaza yang kesepian...
- Pada waktu subuh Ahad, Tentera pendudukan Israel (IOF) melancarkan sekurang-kurangnya enam serangan udara ke atas sasaran yang berbeza di Semenanjung Gaza.
Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa satu kapal terbang perang Israel melepaskan beberapa peluru berpandu di dua tanah pertanian di kawasan Al-Fakhari di bahagian tenggara Khan Younis dan tanah-tanah lain di kawasan Rafah. Serangan udara juga disasarkan pada tapak penentang di selatan Gaza dan di tanah kosong berhampiran kedai kereta di kejiranan Al-Zeitoun. - sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
Tatkala pasukan pejuang ISIS sedang meraikan kemenangan mereka ke atas syiah Iraq dalam beberapa siri pertempuran, dan ikrar pimpinan mereka yang mengisytiharkan kekhalifahan beliau serta menyeru kepada seluruh umat Islam agar datang kepada mereka bagi membantu mereka, apakah pula sumbangan mereka untuk Gaza?
Apabila mantan presiden Iran, Hojjatuleslam Ali Akbar Hashemi Rafsanjani yang dijuluki sebagai "Yu Putih" , taukeh kacang, menyatakan kesediaan untuk bersama US bagi membantu kerajaan syiah Iraq, kita ingin bertanya, adakah pasukan pengawal revolusi Islam turut disalurkan bagi membantu Gaza? Dan yang palibg aneh, kemana perginya slogan 'Marakbar Amrika!' yang telah dicetuskan oleh pengasas revolusi?
Iran juga begitu beriya-iya membantu tentera Syria melawan puak pemberontak yang diistilahkan sebagai, "mempertahankan diri" (mengikut tafsiran US berkenaan serangan zionis ke atas penduduk awam di Gaza), tetapi tidak pula beriya-iya menghantar pasukan pengawal revolusi ke Gaza dalam membantu mempertahankannya...mungkin atas faktor geografi yang jauh dan dikelilingi oleh sekutu US menyebabkan ia agak berhati-hati.
Apakah Gaza hanya sendiri bersama komponen Hamaz sahaja? Kemana perginya hero hizbollah Hassan Nasrallah?
Apakah ini sebenarnya proses penyaringan di antara tentera sebenar al mahdi dengan tentera palsu al mahdi?
OIC hanya mampu bermesyuarat dan berdiskusi serta mengelurkan kenyataan mengutuk, hanya sepatah kata yang langsung tidak dipedulikan oleh zionis. Saudi yang hampir dengan Gaza juga tidak pernah menghantar pasukan keselamatan ke sana. Iran, meskipun tindakan pro syiah kelihatan melampau dalam isu di Iraq dan Syria, namun sebenarnya banyak membantu pihak Hamas dalam menjayakan teknologi roket, seperti Fajr 5. Negara teluk yang dikurniakan Allah dengan ratusan telaga minyak begitu kecut untuk menghulur bantuan kerana 'takut' kepada gertakan sekutunya, US. Mereka mungkin mengambil iktibar Iraq yang cuba menjadi hero, dihancurkan dalam dua peperangan dan pimpinannya digantung.
Ulasan